Tuesday, September 7, 2010

Pena Mengulit ( Tahiyat Terakhir)

TAHIYAT TERAKHIR

Bab 1

www.iluvislam.com dilayarinya setelah solat Isyak selesai. Keindahan bait-bait kata terpapar di skrin nipis koputer riba jenama Apple hadiah daripada walidnya. Kejayaannya ke IPTAlah yang menyebabkan dia memperoleh apa yang dia mahukan.
Direnungnya tanpa mengedipkan mata walau sesaat. Renungan yang tajam penuh dengan dengan spiritual ditatap ke skrin yang mengandungi ayat renungan yang mahu kita sebagai muslim bertaubat dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t.
Sejenak berfikir, maka idea yang terzahir dari pemikiran hati turut diltulis dengan penuh khusyuk untuk menyedarkan diri sendiri dan orang ramai mengenai kehidupan duniawi dan keruntuhan akhlak yang semakin melampau hari demi hari.
“…apakah kesudahan hidup ini bila pelbagai kehidupan disertai dengan cubaan dari Allah s.w.t ?” pastinya kematian dan kiamat yang akan mengakhiri segalanya. Takkan ada manusia yang akan kekal hidup dalam dunia, di atas muka bumi Allah kerana telah diciptakan-Nya mati selepas hidup. Namun berapa usia kita akan mati hanya Dia yang maha kuasa tahu. Jadi, perlukah kita tunggu tua untuk bertaubat untuk menghdap disisi-Nya. Andai saja kita mati esok, sudah tidak ada tua. Taubatlah segera, kesal perbuatan yang salah, mohon disisi-Nya supaya tidak sesat dan tidak juga dimurkai olehNya”.
Bait-bait ayat dorongan yang menyeru umat Islam untuk kembali ke pangkal jalan selalu ditulisnya di laman sesawang islamik kepunyaannya. Ada saja waktu kelapangan, laman inilah dihiasinya dengan kata-kata keramat, dengan segala panduan untuk pengikutnya terus menapak suci di jalan Allah. Pastinya pengikutnya sudah mencapai ke luar negara. Dengan teknologi mudah saja untuk menyebarkan dakwah meluah isi hati tentang cinta seorang hamba kepada Tuhannya, cinta seorang gadis suci yang sentiasa mahu didampingi tuhannya yang maha Esa. Walaupun hanya dengan bait ayat. Namun hati manusia pasti mudah tersentuh. Setiap kata yang terlahir daripada perasaan dan terus meniti ke tulang-temulang jari yang ditekan pada papan kekunci komputer ribanya.
Fatiema Al Zahra, gadis manis itu melabuhkan punggungnya di atas katil sambil memegang sebuah novel islamik kegemarannya. Seusai kuliah tadi dia terus ke gedung ilmu kegemarannya . Tentulah Pustaka Mukmin menjadi pilihannya. Banyak buku berteraskan agama tersusun indah di para dalam gedung. Dia yang begitu meminati novel penulisan novelis Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Dia menggapai novel Ketika Cinta Bertasbih bahagian kedua setelah novel pertamanya dikhatam tiga kali. Novel terakhir bacaannya adalah Salju Sakinah. Selepas itu, kesibukan mula menjelma kerana bakal menghadapi peperiksaan.
Bersamanya juga, dia telah membungkus hadiah untuk kedua orang tuanya mengenai buku keagamaan baharu di pasaran sebagai hadiah. Dia berhajat untuk membawa pulang sebagai hadiah bermakna untuk mereka nanti.
Hatinya berdetak kencang. Sudah tiga bulan dia tidak pulang ke kampung. Cuti penggal yang lalu dia mengambil kesempatan untuk bekerja dan menetap di Kuala Lumpur.
Kesabarannya terus menipis. Cuti akan menjelang seminggu sahaja lagi. Dia sudah terbayangkan wajah umi dan walidnya bermain di kotak hati. Dia menyingkap setiap sudut wajah uminya yang terbayang di benak hatinya itu.
Rakan sebiliknya, Zulaikha, rakan seperjuangannya dalan jurusan perakaunan tahun akhir setelah lama menetap di Universiti Islam Antarabangsa, Bangi.
Rumah sewa yang dihuni enam bakal graduan muslimah ini memang tidak pernah lekang dengan gelak tawa. Namun, keadaan agak sunyi menjelang cuti hujung minggu kerana ramai yang pulang ke kampung dan berkunjung ke rumah saudara terdekat.
Fatiema yang khusyuk membaca novel langsung tidak perasan Ika yang baru pulang dari surau masuk ke kamar. Lalu dia menyergah Fatiema yang mesra dengan panggilan Tima yang tengah keasyikan. Tima yang sangat terkejut tidak sengaja Ketika Cinta Bertasbih terlepas dari tangan dan jatuh di kaki ranjang.
“Kau ni Ika, nak tengok kawan kau mati cepat ke hah?” dengus Tima kepada Ika.
“Macam nak telucut jantung ni.” Sambungnya lagi.
“Maaf la. Tu la kau khusyuk sangat baca novel, kalau pencuri masuk mencuri pun kau tak perasan.
“Kan pintu berkunci. Buat apa nak takut. Macam mana tadi kat surau. ? Ustazah ceramah tajuk apa? Tanya Tima.
Kau nak tahu tadi Tima, ceramah tadi bagus sangat, kau tahu tak bukan ustazah yang ceramah tapi ustaz muda. Bujang tau dah la kacak pastu kaya pulak. Alangkah bahagianya kalu…
Tak sempat Ika menghabiskan kata-kata Tima memberi hujah terlebih dahulu.
“Dah, jangan nak berangan, jangan nak mimpi . Mesti tak ada isi ceramah yang kau dengar ni, asyik terpandang wajah ustaz tulah. Lepas tu balik bilik sergah orang. Salam tak reti nak bagi ke cik kak oii? . Ruginya aku tak pergi tadi. Aduh. ” sindir Tima.
“Amboi,amboi,amboi cakap orang, dia pun sama jer. Nak mengorat ustaz muda la tu” Perli Zulaikha.
“Sedapnya mulut kau. Aku nak dengar ceramah la. Ambik ni. Cemburulah tu. Kenapa? Takut abang ustaz tu minat kat aku ke? Melepas kau Ika.” Zulaikha mencebik bibir mendengar Fatiema berkata-kata.
“Ambik kau. Menggatal pulak ustazah ni.” Zulaikha mencubit pipi bak pauh di layang kepunyaan Fatiema.
“Sakitlah.” Fatiema mengaduh kesakitan terkena cubitan Zulaikha.
“Hilang mood aku nak baca novel.” Fatiema menjeling ke arah Zulaikha yang berlari-lari anak takut dikenakan oleh Fatiema.
“Tulah pasal. Merata aku cari kau. Tanya Mai, Adam, Khusna, Sally. Masing-masing tak tau kemana kau menghilang..” Gadis yang sudah bertunang ini berkata.
“Cik kak, handphone tak ada ke? Tak boleh nak call ke?” Soal Fatiema.
“Hehehe, tak ada kredit. Hiihiihi, cik abang sayang belum top up kan lagi.” Jawab Zulaikha sambil tersengih-sengih manja.
“Bagusnya kau. Tunang tanggung ya? Ish..ish..ishh..” perli Fatiema.
Teman Fatiema itu telah bertunang pada hujung tahun lepas. Mereka telah berkawan sejak tingkatan tiga lagi. Sudah takdir menentukan hubungan mereka terus berkekalan walau dilanda bermacam-macam dugaan.
Pernak suatu ketika mereka berpisah kerana perasaan curiga Zulaikha yang berprasangka tunangnya Mukhriz mempunyai kekasih lain. Seminggu gadis itu terperap dalam bilik. Alik-alik Mukhriz berjumpa ibunya dan mengatakan hal yang sebenar tentang gadis yang dilihat bersama Mukriz itu adalah sepupunya. Akhirnya hubungan mereka kembali jernih.

Usai menunaikan solat subuh, Fatiema yang kelihatan manis dengan wajah paginya menggapai kitab suci Al-Quran untuk dialunkan menanti fajar meninggi. Diselaknya Al-Quran dan dihembuskan kata-kata basmallah dan Al-fatihah permulaan bacaannya. Memang selalu dibacanya ayat-ayat itu sebelum mula membacakan ayat-ayat cinta daripada Allah s.w.t.
Surah Meriam dilafazkan dengan penuh bacaan yang sempurna dengan dengungnya dan tanda baca yang dipelajarinya sejak kecil lagi.
Sejak tamat membaca senaskhah Al-quran, dia langsung tidak pernah berhenti membaca kallamullah tersebut.
Dia dapat merasakan sangat tenang setelah membaca ayat-ayat suci itu. Ayat-ayat surah Yaasin juga sudah siap dihafalnya sehingga memenangi pertandingan hafazan dan mengalahkan hafazan pelajar muslimah lain terutama yang mengambil jurusan berkaitan pengajian Al-quran.
Zulaikha yang masih terbaring bingkas bangun mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh.Memang rutin Ika apabila terdengar suara Fatiema mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran dia terus bangun. Setelah selesai solat dia bersama Fatiema akan bersiap untuk sarapan dan bersiap diri ke kuliah.

Jam menunjukkan pukul 7.15, Fatiema menyiapkan dirinya untuk ke kuliah. Dia yang mengenakan busana jubah indah warna hijau muda dan tudung selendang hitam yang dililit litup kepalanya dengan kerongsang makhraj jawi “fa” yang membawa makusd namanya Fatiema indah di bahu.
Teman sebiliknya Zulaikha pula mengenakan baju kurung Pahang bertudung jenis bawal yang ditatahkan swarozski di hujung tudung.
Dua gadis ini apabila berbicara mengenai fesyen tak pernah lokek dengan idea dan kata. Maklumlah muslimah dunia moden. Apabila terdengar sahaja butik-butik muslimah mangadakan jualan murah merekalah antara pelanggan terawal. Namun umi di rumah tidak dilupakan dengan membeli jubah atau tudung koleksi terbaharu dari seluruh pelosok dunia.


Setelah kuliah oleh Puan Norita Samad tamat, mereka terus ke cafeteria untuk makan tengah hari.
Dalam perjalanan, mereka ditegur seorang gadis dari belakang.
“Assalamualaikum, kak Tiema boleh Aina cakap dengan akak kejap? Tegur Aina setelah berjumpa Marissa dengan Zulaikha mengorak langkah depan kafeteria.
“Waalaikumussalam. Eh, Aina! Cakap ape? Tanya Fatiema.
Emm…Ika,” Zulaikha yang berada di situ seakan-akan faham dan meninggalkan mereka di situ dan pergi membeli minuman.
“Ada apa Aina?” Tanya Fatiema yang bimbang melihat wajah pucat gadis itu.
Aina merupakan pelajar junior mereka dan tinggal sekampung dengan Fatiema di Kedah.
“Kakak, Aina…Aina…” kata-kata Aina tersekat.
“Kenapa Aina, cakaplah, akak akan bantu sekiranya akak mampu bantu.” Pujuk Fatiema yang melihat tiba-tiba gadis itu menangis dan memeluknya. Dia merasa sangat tidak sedap hati dengan tingkah laku Aina.
Terfikir di benak hatinya yang gadis itu mungkin melakukan sesuatu yang buruk.
“Aina mengandung akak, Aina mengandung.” Terkeluar juga akhirnya kata-kata dalam suara yang teresak-esak.
Suasana terus menjadi panas. Hati Marissa tersa seperti pecah apabila terdengar hembusan kata-kata gadis yang dia anggap seperti adik sendiri. Apa tidak cukupkah nasihat yang aku berikan wahai adik. Bisik hatinya yang terasa sangat pedih.
Lalu Marissa terkenangkan ibu Aina yang sedang sakit dan abahnya yang telah lima tahun meninggal dunia.
Ya Allah sungguh berat dugaanMu ini. Namun aku pasti ini kesalahan yang dilakukannya kerana mengikut nafsu serakah dan bisikan iblis yang dilaknat Allah. Bagaimana dia mahu tanggung penderitaan ini Ya Allah. Bantulah dia Allah. Bantulah dia.
“Masya-Allah dik. Astaghfirullahalazim.Kenapa jadi macam ni dik? Kenapa? Tanya Marissa dengan suara yang turut terasa pedihnya.
Esakan Aina berterusan tanpa henti. Air mata Marissa seakan-akan menemani hiba yang dilanda derita.
“Dugaan apakah ini ya tuhanku. Sungguh berat sekiranya aku yang terpaksa lalui ini semua. Aku tak berdaya ya Allah” bisik keimanan hatinya.
“Sabar dik. Sabar. Ini ujian Allah. Dia nak lihat batas kemampuan adik harungi kehidupan ini.” Pujuk Marissa untuk menenangkan suasana yang tadinya cerah menjadi gelap seakan langit yang putih tiba-tiba bertukar menjadi mendung yang sangat gelap dan menutup sirna matahari yang membahang.
“Semua salah Aina, kak. Kalau saja Aina tak ikut Azri, semua ni takkan jadi. Aina menyesal kak, meyesal.” Tiba-tiba tangisan Aina tidak bersuara. Air mata saja yang tak berhenti mengalir kerana kekhilafannya sendiri.
“Ya Allah, Azri. Selama ini akak percaya yang dialah lelaki muslim yang hebat di sini. Ahh…lelaki.” Marah Marissa.
“Aina, Aina balik dulu. Aina berehat.Nanti akak pergi rumah Aina ya.” Ucap Marissa yang begitu kasihan dengan nasib malang yang menimpa anak jirannya itu.
Aina seperti sedia kala. Pulih semula keadaannya apabila bertemu seorang gadis manis, berwajah arab itu.
Mereka berpelukan dan berkucupan sebelum masing-masing meninggalkan taman berhampiran kafeteria.

Bab 2


“Ya Allah, hambamu ini bermohon padamu. Ampunilah dosa hamba, dosa kedua ibu bapa hamba, dosa saudara-saudara hamba ya Allah. Berikanlah kami hidayat-Mu, berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat. Berkatilah kami ya Allah. HambaMu ini sedar, hambaMu ini sangat kerdil di sisiMu, terimalah segala ibadat hamba, kerana hamba pasti, ibadat hamba adalah milikMu ya rahman, Ya rahim, kurniakanlah hamba ilmuMu supaya hamba tidak akan sesat dijalan Mu. Jauh lagi dari bisikan syaitan laknatullah. Permudahkanlah Aina ya Allah. Permudahkanlah dia mengharungi hidup. Ampunilah dosa-dosanya Ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa dan maha pengampun. Amin Yarabbal-Alamin.”
Doa-doa dipanjatkan. Air mata Fatiema terus bercucuran. Sungguh khusyuk gadis itu apabila melakukan ibadah.
Dia begitu pegang pada nasihat ayahnya yang dipanggil walid untuk sentiasa khusyuk melakukan ibadah. Tmabahan lagi kita hanayalah manusia, sangat kerdil di sisi Allah. Setiap yang kita lakukan sekiranya bersungguh-sungguh, insya-Allah akan terlaksana dan membuahkan hasil.
“Assalamualaikum umi. Umi sihat? Walid? Marina? Bertubi-tubi soalan yang diaju setelah gadis itu menelefon keluarganya di kampung.
“Waalaikumussalam. Fatiema. Alhamdulillah semua sihat. Tiema sihat ke?
“Alhamdulillah umi. Tima sihat. Umi…” dia berasa ragu untuk berkongsi cerita tentang Aina.
“Aina mengandung umi. Aina.” Fatiema melontarkan dengan cepat.
“Ya Allah ya tuhanku. MasyaAllah. Kenapa ni Tiema? cerita pada umi.” Terkeluar tanda Tanya dari seorang ibu kepada anaknya.
“Tiema tak tahu uni. Dari terserempak dengan Aina dalam kampus, kemudian dia menceritakan yang dia mengandung. Tapi umi jangan risau, Tiema akan tengok-tengokkan dia.” Balas Fatiema.
Segalanya diceritakan Marissa kepada ibunya. Namun, mereka tidak akan memberitahu ibu Aina kerana takut akan keadaan ibunya yang tidak menentu.
“Umi, Tiema nak pergi rumah Aina ni. Umi kirim salam kepada walid dengan adik ya. Assalamualaikum”. Fatiema mengakhiri perbualan dengan uminya.
Zulaikha belum pulang bersama Suraya, Hanim dan Zubaidah. Mereka telah merancang untuk pergi membeli belah di Jakel, Jalan Masjid India. Sehingga sekarang masih belum ada kelibat mereka pulang ke rumah.
Fatiema berhajat untuk pergi ke rumah Aina sebentar. Dia akan menunaikan solat Isyak di sana. Dia membawa beg tangan lalu dan hanya memakai baju t paras lutut bewarna ungu dan hitam yang dicetak indah dengan perkataan I love Islam dan selendang hitam kesayangannya. Memang tidak lengkap sekiranya dia tidak mengenakan stoking nipis untuk menutup aurat.
Itu sudah menjadi kemestiannya. Sejak berusia 10 tahun ibunya memang mengajarnya untuk memakai seperti itu.
Setiba dirumah Aina, Aina mengulang peristiwa yang berlaku tadi. Ternyata Azri bukanlah yang sebaik disangka. Itulah mungkin perangai anak orang kaya. Habis madu sepah dibuang. Setelah mengetahui Aina mengandung dia telah memutuskan hubungan pacaran mereka.
Sungguh tidak sangka Azri. Nanti kau aku kerjakan. Di depan aku pijak semunt tidak mati. MasyaAllah. Kau bukakanlah pintu hati mereka yaAllah untuk merasa kesal dan bersalah dan segera bertaubat padaMu ya Allah. Amin.
“Kak, Aina nak gugurkan kandungan ini, kak. Aina tak sanggup. Aina malu. Aina tak malukan mak kak.” Aina berbicara setelah Marissa melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Jangan, itu anak kamu.” Larang Marissa.
“Ini anak haram kak. Anak luar nikah.” Ujar Aina.
“Lagipun, Aina dan Azri dah berpisah. Kalau hidup sekalipun, bayi ini tidak ada ayah.” Bentak Aina lagi.
“Aina, anak adalah anugerah, kamu dengarkan Ustazah Fatimah Uzair cakap,
Anak adalah anugerah Allah. Sekalipun dia anak luar nikah jangan kamu gugurkan. Anak adalah amanah Allah. Dia tanggungjawab kamu Aina. Jangan kamu gugurkan. Biar kakak yang berbincang hal ini dengan Azri nanti”. Pujuk Marissa dengan kata-kata ustazah semasa mereka pergi mendengar ceramah agama di Festival Islam di Kuala Selangor.
“Jangan kak. Nanti Azri marah kepada saya. Dia telah bagi saya RM5000 untuk gugurkan anak ini kak.” Tambah Aina.
“Jangan. Kamu akan berdosa besar. Juga boleh rosakkan rahim kamu Aina. Lebik baik jangan gugurkan. Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Tidak kiralah sama ada anak ini anak luar nikah sekalipun.
Ini cara Allah nak menghukum kamu Aina. Dia amanahkan kamu anak dalam kandungan tu. Dia nak lihat kesabaran kamu, keimanan kamu menempuhi hari-hari mendatangkan. Mungkin dia juga tahu kamu akan berhenti buat benda terkutuk dengan takdir ini. Kamu harus menjaga kandungan kamu supaya dia lahir menjadi manusia.” Fatiema bertegas.
“Ingat pesan akak. Sekali kita buat kejahatan, maka kita boleh mengulanginya dengan mudah. Ini pun kerana kesalahan kamu, kamu relakan Azri menyentuh tubuhmu, mengusap tangannya ke anggota sedangkan kamu tahu itu haram. Haram. Mungkin ini yang akan buat kamu menyesal. Taubat Aina, banyakkan istighfar. Jangan lakukan lagi sesuatu yang bodoh yang akan buat kamu berasa bersalah dan berdosa.” Nasihat si gadis yang begitu bermotivasi dalam pegangan patuhnya dan cinta kepada Allah.
“Sebegenikah harga diri seorang wanita. Serah mahkota kesucian hanya kerana atas nama cinta yang belum dihalalkan persetubuhan. Ya Allah, sudah pelbagai rintangan hambamu ini tempuh. Tabahkanlah hati hamba meneruskan perjalanan atas muka bumi yang belum hamba tahu penghujungnya kecuali kiamat. Namun hamba yakin, kewujudanMu tuhanku yang maha Esa akan sentiasa membuat aku takut, takut untuk melakukan kejahatan. Bantulah hamba Mu ini mengharungi kehidupan yang dipenuhi dengan jutaan warna yang akan mencorak hidup ke arah kesejahteraan mahupun kehancuran.” Bisik hatinya.
“Izinkan akak solat Isyak kejap. Lepas solat akak kena pulang ke rumah. Ada hal lain perlu akak buat di rumah.” Minta Marissa kepada Aina.
“Boleh. Telekung dan sejadah ada di kamar kedua situ. Imamkan saya akak?” Ujar Aina.
“Baiklah. Siap-siap ya. Akak tunggu kamu.” Balas gadis yang dianggap kakak oleh Aina.
Wajah Aina kelihatan semakin tabah. Air matanya terus berhenti apabila kata-kata terucap dari bibir Fatiema. Aina memang mudah dipujuk, tambahan lagi oleh Fatiema yang memang dianggapnya kakak sejak tinggal di kampung lagi.
Semasa kecil, main masak-masak selalu dimainkan oleh mereka. Teringat lagi semasa mereka mengutip daun-daun dan bungaan di keliling kampung. Masih jelas bagi mereka kenakalan sehingga dikejar anak laki-laki di kampung apabila mereka melalui pohon bamboo di mana tempat permainan anak-anak semasa kecil dulu.
Kini, masing-masing sudah besar panjang. Menajdi muslimah sejati. Tapi di mana silapnya belaku kepada Aina yang terjerumus ke lembah maksiat bersama seorang lelaki yang dipandang tinggi oleh kaum hawa di kampus mereka, Azri.
Sanggup digadainya mahkota kesuacian hanya atas nama cinta.
“Atas nama cinta ku relakan jalanku merana,
Asal engkau akhirnya denganku,
Ku bersumpah atas nama cinta”
Lirik lagu penyanyi wanita sebarang melingkari minda. Nyanyian Rossa yang cukup merdu seolah-olah membayangi diri Aina yang begitu tunduk pada cinta yang akhirnya buta dari kesucian, hanya sebuah kehancuran yang terbina di akhir jalan.
Namun lagu ini bukanlah untuk untuk menjatuhkan martabat wanita tapi tentang pengorbanan seorang isteri yang membiarkan hidupnya penuh penderitaan aslkan suaminya terus berada di sisinya dan tidak meningglkan dia kerana cinta seorang isteri.

Suasana dalam rumah menjadi bingit apabila muslimah-muslimah yang menghuni asyik berbicara mengenai sale di gedung Jakel yang dikunjungi tadi. Terutamanya Maisarah yang lebih manis dipanggil Mai. Dia begitu teruja melihat sutera yang dipakai patung dalam gedung tersebut. Sutera Thai bewarna hitam berkilat dengan sulaman bunga-bungaan benang perak dan disertakan dengan batu-batu berkilat buatan Korea menjadi dambaan.
“Aku tak kira, minggu depan aku nak pergi beli jugak.” Bentak Mai yang tadi ketinggalan beg duitnya di rumah.
Nasib baiklah dia membawa kad pengenalannya yang sentiasa diletak di dalam beg tangannya. Dia terlupa memasukkan kembali beg duitnya semalam setelah membayar duit burger yang dibeli Salina.







Bab 3
“Azri !!! Azri !! Tunggu kejap.” Jerit Marissa. Dia ingin memarahi atas perlakuannya yang menyebabkan gadis tidak berdosa menjadi mangsa nafsu serakahnya.
Pelajar yang selama ini menjadi pelajar contoh itu ternyata talam dua muka. Bukan kerana itu, Marissa sangat geram kerana dia seolah-olah mempermainkan Allah dalam setiap ucapannya semasa perhimpunan lalu.
Dia masih ingat. “Jauhi maksiat. Sesungguhnya maksiat sangat dicerca oleh Allah s.w.t. Jauhi. Jauhi. Jauhi maksiat”.
Masih segar laungan suara Azri yang memecah suasana dewan dan para hadirin hingga berdiri melaungkan sama sehingga sauna suasana dewan dilimpahi kata-kata kesyukuran yang dipanjatkan kepada Allah.
“Ada apa akak”. Tanya Azri yang terpinga-pinga.
DBUSSHH !!! hentakan buku dipukul ke bahu Azri.
“Kau lelaki tak guna. Perogol. Kau hancurkan maruah seorang wanita.” Marah Mariissa hingga butir-butir mutiara carii melimpahi pipinya yang licin dan secantik sutera.
“Oh, pasal tu. Akak, rezeki depan mata. Siapa yang nak tolak? Orang gila saja yang tolak rezeki tu akak.” Balas Azri sinis tanpa rasa bersalah.
“Ya Allah. Azri, baik kamu istighfar. Kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan? Pujuk Marissa dalam marah.
Suasana menjadi sepi. Air terjun di kolam ikan yang indah menjadi seperti menghilangkan bunyi ketenteraman dan ketenangan yang boleh mengubat duka lara.
“Hei perempuan. Kau ingat kau tu hebat sangat ke? Berlagak macam ustazah. Macam kau pandai sangat hukum-hakam Allah.” Bentak Azri yang kemudian meludah ke arah Marissa.
Ternyata ada saksi yang mellihat. Marissa tergamam. Nasib saja air najis dari mulut lelaki itu tidak kena pada pakaiannya. Fatiema kemudian mengutip helaian kertas yang terkoyak daripada buku undang-undangnya akibat memukul Azri.
Sekumpulan muslimah yang berada di situ sangat terkejut melihat perlakuan Azri yang menjatuhkan kaum yang dianggap lemah.
Marissa menitiskan lagi butir-butir mutiara dari kelopak matanya. Dia terus berlari menuju ke tandas kerana malu dilihat oleh muslimah-muslimah yang melihat perlakuan seorag kaum Adam terhadap kaum Hawa.
Apakah ini nilai contoh seorang lelaki kepada wanita. Menjatuhkan martabat seorang wanita. Hanya kerana mahukan sesuatu mengikut nafsu dan bisikan iblis yang sentiasa menyesatkan manusia yang kurang imannya.
“Kenapa dengan Tiema tu? Soal seorang daripada kumpulan muslimah itu. Mereka tertanya-tanya kerana melihat perbuatan pelik seorang adam kepada hawa kerana meludah di khalayak ramai.
“Isy, sungguh tidak sopan Azri. Mana keperibadiannya yang kita nampak. Sudah hancur. Ya Allah. Masya-Allah.” Ujar muslimah disebalahnya.
“Tima, aku dengar dua budak junior kena buang. Pelajar perempuan tu dengar kata mengandung anak luar nikah. Pelajar lelaki itu yang buat tak senonoh dengan dia.” Kata Zulaikha ketika berada dalam kuliah perundangan.
Pen yang dipegang Tima terus terjatuh ke kakinya. Dia berasa terkejut.
MasyaAllah. Ucap bibirnya. Hatinya yang sedikit tenang bertmabah gusar mendengar berita Zulaikha. Dia langsung teringat kepada Aina.
Dia dengan tergesa-gesa mengambil pen yang terjatuh dan mencapai beg dan terus bergegas keluar dari dewan kuliah walaupun pensyarah sedang memberikan tugasan.
Dia terus berlalu. Pensyarah yang berada di situ tergamam meliihat reaksi gadis itu.
“Ya Allah. Aina.” Fatiema terus mencari Aina.
Apakah yang dimaksudkan Ika tadi Aina. Apa yang boleh aku lakukan.
Dia mengambil telefon bimbit di dalam beg dan terus menekan butang “AI” untuk mencari nama Aina. Tertera nombor Aina di skrin. Belum sempat menekan butang dail terdengar suara dari belakang. Jarinya terhenti daripada menekan.
“Fatiema !!!” ada suara sedang memanggil Fatiema dari belakang.
“Aina.” Langkah Tima terhenti dan dia memusingkan badannya ke belakang.
Wajah Aina kelihatan pucat. Dia terus berlari ke arah Aina dan memeluknya. Belum saja sempat dipeluk, bahu Tima ditolak sekuat hati olah Aina. Marissa terjatuh dan tergamam melihat perlakuan Aina terhadapnya.
Dia bertanya pada diri sendiri sama ada dia berbuat salah kepada Aina. Secebis rahsia Aina langsung tak diceritakan pada sesiapa pun kecuali uminya.
Selama ini, tiada satu pun rahsia Aina dan perihal dirinya diceritakan kepada orang lain. Teganya gadis yang berbadan dua itu kini menuduhnya yang bukan-bukan.
“Apa salah akak, dik. Kakak minta maaf kalau ada salah yang akak buat pada adik.” Ujar Fatiema meminta keampunan.
“Puas hati kau sekarang? Puas !!! Kau ni bukan setakat perempuan jahat tapi kau ni perempuan sundal. Berlagak baik di sebalik tudung yang mencerminkan seribu kesucian. Sekarang baru aku tahu. Aku silap menilai orang dari luaran Tima.” Bentak Aina.
“Dik.” Tima bersuara lemah.
“Aku bukan adik kau. Sejak bila mak aku lahirkan kau?” kali ini Aina lebih kasar. Dia seolaholah dirasuk syaitan dan berkata yang bukan-bukan mengenai orang yang selama ini mendokongnya dari belakang dan menjadi sumber bantuannya di universiti.
Fatiema yang mendengar maki hamun Aina tersentap lalu menggagahkan diri bangun dalam keadaan kecewa kerana kegusaran serpihan kepercayaan kepadanya hancur berkecai.
“Kamu ingat emak kamu kat kampung. Dia memerlukan kamu. Kalau dia tahu keadaan kamu macam ini pasti sakit dia lebih teruk. Awak pulanglah. Tempat ini dah tertutup untuk Aina.” Kata-kata itu terpacu dari lontaran sebak Fatiema.
Kali kekecewaan Fatiema berganda. Semalam peristiwa Azri meludahnya. Kali ini dia dimaki oleh orang yang dia anggap sebagai adiknya sendiri.
Kali ini kedukaanFatiema amat terasa menusuk ke kalbu. Tiada apa yang dapat mengubahnya lagi. Satu demi satu cubaan melanda dan kekecewaannya juga pasti berbekas di hati.




Bab 4
Dalam sujud tahiyat terakhirnya,
Ubatilah kedukaan ini ya Allah, hamba terlalu pedih untuk dilalui, hamba bersujud padaMu ya Allah, tiada lagi kuasa yang maha agung melainkan kuasaMu. Jauhkanlah semua bencana daripada hamba. Hamba seakan tidak berdaya utntuk mengharunginya lagi. (butir-butir mutiara dari kelopak matanya menitis ke atas sejadah)..
Tahiyat dibacakan sebaik sujud selesai. Salam diberi. Suara kelembutan seorang gadis memang tak dapat disembunyikan dari bibit lontaran suara pemiliknya.
Ayat suci Kallamullah dibacakan.
Dimulakan dengan Al-fatihah dilengkapi ayat suci kursi.
Kemudian lembut lidahnya juga dengan selawat ke atas nabi Muhahammad. Dia berusaha untuk mendapat ketenangan dan kegembiraan atas kedukaan yang dihadapinya.
Sungguh tidak menyangka perbuatannya disalah ertikan oleh orang yang dia paling sayang.
Kemudian doa pula dipanjatkan. Memang sangatlah afdal doa dibaca selepas solat. Memang menjadi kebiasaan baginya berdoa untuk memohon keampunan dan limpahan rezeki daripada maha pencipta kepadanya.
Bibir delima merekah Fatima terus terkumat kamit membacakan doa dan sentiasa ditemani butir-butir mutiara jernih dari kelopak matanya yang bewarna coklat. Wajahnya memang saling tak tumpah dengan ibunya, Puan Meriam, suri rumah tangga kepada sang suami Ustaz Azhar.
Ibunya seorang wanita kacukan arab di sebelah bapanya. Disebabkan itulah pesona wajah anak gadisnya persis wanita arab.
Seusai sahaja solat, dia membuka laman sesawang yang telah dua hari dia tiak layari.
Setiap satu persatu komen dan masalah pengujung lamannya dibaca. Begitulah zaman moden, pelbagai perkara boleh berlaku dengan mudah hanya sekelip mata. Masalah sosial sangat banyak dihantar oleh pengunjung kerana tidak suka mlihat anak-anak remaja terus bergelumang dengan dosa.
“Salah satu punca ibu bapa yang terlalu materialistic terhadap kehidupan. Mereka lebih mengutamakan profesion berbanding anak-anak. Jadi anak-anak terbiar ini akan melakukan perkara-perkara yang salah sehingga terjerumus ke lembah maksiat, mabuk arak, ketagihan dadah dan berpesta liar dari tengah malam hingga terbit fajar esoknya.
Subhanallah. Inilah budak-budak zaman sekarang. Mereka mungkin tidak sedar mati di usia muda boleh terjadi. Namun, yang mereka selalu tuturkan tua nanti baru nak bertaubat. Masa inilah Al-quran yang dipegang dilepas tak mahu dibaca selalu.
Renung-renungkanlah.
Manisah Amani Abdul Hakim / manisamanihakim@yahoo.com
Maka direnunglah Fatima luahan seorang remaja mengenai keruntuhan akhlak yang berlaku dalam golongan mereka.
Hatinya beristighfar. Dia teringat akan adiknya di kampung yang merisaukan dirinya. Muhammad Farid, adiknya yang berusia17 tahun. Adiknya seorang yang periang dan selalu membuat keluarganya tidak kering gusi melihat telatah si bongsu ini.
“Ya Allah, jauhkanlah adik hamba daripada keruntuhan akhlaknya. Andai dia terjerumus, kembalikanlah dia ke pangkal jalan-Mu ya rahman ya rahim.” Hatinya berbisik sambil matanya melihat bulan yang bersinar penuh ditemani bintang malam yang begemerlapan.
Suasana malam di Flat Seri Wangi sangat indah. Apatah lagi rumah sewanya berada tinggi di tingkat 10. Cuaca malam yang dingin bersama angin malam dan neon-neon jalan yang menghiasi kota raya Kuala Lumpur ini.
Pasti ramai anak gadis turun malam ini. Maklumlah Friday night, berpesta la mereka sampai fajar menyinsing. Astaghfirullahalazim. Kenapa terciptanya kejadian seperti in Ya Allah? Manusia mudah mengikut bisikan syaitan. AjaranMu langsung tidak diikuti.
Maha suci Allah, turunkanlah bala di duniawi ini kepada mereka supaya mereka bertaubat dan tidak terus sesat di muka bumi ciptaanMu ya Allah. HambaMu ini hanya mampu mencegah mereka dengan hati. Bukan tidak mahu dengan kata-kata mahupun perbuatan, tapi hamba rasa tidak berdaya untuk tangani gejala mereka ini. Tiada hormat peduli kepada orang yang ingin meletakkan mereka kembali ke jalan kebenaran. Silap langkah, apa kita ibunya yang mahu mengajarkan mereka lagak ustazah.
Ishh,issh, ish sudak tidak terdaya lagi membendung perbuatan mereka ini. Bukanlah salah untuk mereka bergembari tapi air syaitan diteguk, serbuk durjana dihidu, berpeluk-peluk bukan mahram dengan songsangnya lagi laki perempuan.
MasyaAllah.
“Tiema, apa yang kau lihat kat tingkap tu?” tegur Ika yang melihat renungan pelik beserta gelengan kepala gadis itu.
“Tu, kau tengok lah. Bergaul lelaki perempuan. Macam-macam lah karenah budak-budak ini.” Getus hati yang berbicara.
“Biasalah tu, budak-budak sini. Turun bala tahulah mereka nak tanggung.” Balas Ika.
“Tiema, aku rasa serba salah nak bagitau kau.” Mata Ika mengecil.
“Apa? Cakaplah? Aku tak marah.”balas Fatiema.
“Aina dengan Azrilah yang kena buang. Aina mengandungkan anak Azri.” Tersekat-sekat luahan bibir Ika.
“Oh, baguslah kau dah tahu sendiri.” Ucap Fatiema sambil menyimpan novel yang baru habis dibacanya tadi ke dalam rak koleksi novelnya.
“Kau dah tahu ke hal ni? Sampai hati kau tak bagitau aku?” terkedu Ika.
“Bukan aku tak mahu bagitau, tapi ini rahsia yang perlukan aku amanah. Aku tahu dari mulut Aina sendiri. Apabila berita ini tersebar aku mahu kau tahu sendiri.” Fatiema minta dimengerti.
“Ok. Aku faham. Kau memang baik. Kenapa Syikin cakap kau gaduh dengan Si Azri dengan Aina.” Tanya Ika.
“Mana ada. Susah nak cakap. Yang penting keadaan Aina.” Fatiema sebak mengenangkan tragedy Aina yang memarahinya dan menuduh dialah punca rahsia mereka terbongkar.
“Sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Aina dengan Azri pun dah dibuang pengajian mereka.” Sambut Zulaikha yang cuba mententeramkan Fatiema yang lagi hiba.
“Emm. Nak Tanya sesuatu boleh?” Tanya Ika.
“Apa?” Fatiema bertanya kembali. Dia berasa hairan apabila wajah Ika yang tadi seperti pemujuk berubah tersipu malu dengan kepala yang sebentar ke kanan sebentar pula ke kiri dengan jari-jari yang disusun sepuluh terkial-kial menggosok lutut.
“Dah habis ke baca novel baharu tu? Pinjamkan aku boleh?” Ika tertunduk.
“Ngada-ngadanya kau ni.” Fatime tadi yang hiba tertawa dengat gegalat rakan sebiliknya itu. Dalam keadaan yang suram tiba-tiba berubah dengan menjadi girang. Itulah penngan Ika yang suka berjenaka.
“Kalau nak baca beli sendiri.” Balas Fatiema yang bergurau menyakat temannya itu.
“Kedekutnya perempuan ni.” Ejek Ika kepada Fatiema.
“Selama ni ada ke aku tak pernah bagi kau pinjam. Macam tak biasa pulak.”perli Fatiema melihat Ika mencebik bibir.
Suasana malam semakin kesunyian. Kesesakan lalu lintas semakin kekurangan. Barangkali warga kota masing-masing berda di rumah dan tidak melakukan aktiviti luar kecuali remaja. Di tepi jalan jadi tempat lepak mereka, ada yang pergi berlumba haram, ada yang ke kelab malam.
Fatiema dan Zulaikha yang sedang sibuk melakukan kerja-kerja akhir tugasan mereka tidak sedar tengah malam semakin hampir. Wajah-wajah segar masih kelihatan di hadapan skrin komputer.
“Tok . tok tok.” Ada seseorang mengetuk pintu bilik mereka.
“Masuk.” Ika membalas kerana malas untuk membangunkan punggungnya yang melekat di kerusi.
“Eh, Mai! Ada apa?” Zulaikaha bertanya.
“ Masa aku bertunang hari tu kan berapa hantaran kau bagi kat pihak lelaki?” Mai dengan selamba bertanya.
“Wah, salam tak bagi terus masuk bab tunang aku.” Zulaikha menyakat.
Maisarah yang mendengar bingkas bangun dari kepala katil dan keluar dari bilik. Lepas bebrapa saat dia mengetuk pintu bilik mereka kembali.
“Assalamualaikum. Assalamualaikum.” Mai memberi salam.
Zulaikha yang mengetahui gadis yang bersifat lawak itu memberi salam, dia merajinkan diri untuk bangun dan membuka pintu.
“Waalaikumussalam. Eh, Cik Maisarah binti Zainal Abidin. Silakan masuk. Buatlah macam bilik sendiri ya. Jangan malu-malu.” Ika Berjaya menyakatnya kembali dengan gayanya ala penyambut tetamu hotel dan mempelawa Maisarah masuk ke bilik.
Maisarah yang kalah dari pertandingan sakat-menyakat itu terus berlari dan melompat ke atas katil Zulaikha.
“Amboi, ini lebih-lebih ni.” Zulaikha memegang kedua-dua belah pinggangnya.
“Cakap buat macam bilik sendiri. Kat bilik aku macam inilah yang aku buat.” Balas Maisarah.
“Ha, tadi cakap pasal hantaran. Kenapa? Kau nak bertunang ke? Tanya Ika.
“Kenapa kau ingat aku ni tak laku ke? Mestilah aku, habis siapa lagi dong?” Mai terbawa-bawa loghat Indonesia sejak menonton sinetron di TV3. Habis semua sinetron ditontonnya apabila tiada kuliah.
“Setahu aku tak ada orang nak kat kau. Hahahaha.” Ika menyakat lagi.
“Itulah, kami inikan pasangan dalam diam. Mana kau nak tahu. Aku dengan dia nak bertunang dua minggu lepas tamat pengajian. Tak sabarnya aku nak jadi tunangan orang, macam kau la nanti ye Puan Zulaikha binti Ali.” Getus bibir Maisarah yang petah itu.
“Yalah. Dengan siapa?” Ika tidak puas hati apabila Mai tidak menjawab soalannya.
“Ustaz Muhammad Haziq.” Mai menjawab lembut.
“Hah, Haziq. Tahniah. Kau memang hebatlah Mai. Dapat ustaz muda lagi.” Kata Ika.
“Syukron. Syukran yazi lan.” Balas Mai.
“Alhamdulillah. Siap juga akhirnya. Kau dah siap ke Ika?” Tanya Fatiema.
“ Sikit lagi. Ni ha minah ni datang. Kau tak dengar ke aku sembang dengan dia? Hish kau ni, dia nak bertunang. Kau tahu dengan siapa ? Haziq.” Ika menjawab dan bersoal kembali kepada Tiema.
“Oh, bakal ustaz tu ke? Yaka, tahniah Mai.” Ucap Fatiema.
“Thanks. Nanti pergi la. Demo dok rajin lagi gi Klate” keluar dialek pekat gadis Kelantan itu.
“InsyaAllah.” Ika dan Tiema menjawab serentak.

Kesedihan terus melanda dirinya. Aina yang dulunya seorang gadis yang periang kini bertukar muram mengenang kembali kesuciannya yang tercalar. Namun, detik hatinya tidak mempersalahkan Azri semata-mata kerana mereka berdua bersalah. Berdua-duaan yang akhirnya ditemani makhluk ketiga. Siapa lagi kalau makhluk yang sentiasa jahat dan akan terus menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun.
Kali ini mangsa syaitan Laknatullah itu adalah mereka berdua. Bisikan syaitan yang menggoda akhirnya mereka jatuh rebah dalam pelukan dan lembah kemaksiatan yang dahsyat.
Sekarang dia terpaksa akur. Hidup mesti diteruskan walau sesukar mana sekalipun. Tiket pulang ke kampung baru sahaja dibelinya. Dia akan bertolak pada pukul 10.30 Pagi dan turun di Stesen Shahab Perdana, Alor Star.
Rasa bersalah tidak akan pernah terpadam. Dia menggapai telefon bimbitnya untuk menghubungi insane yang menjadi mangsa lepas kemaharannya. Nombor telefon Fatiema menjelma di skrin setelah menekan butang kekunci “F”. Hatinya gusar sama ada mahu dia dail atau tidak. Akhirnya jari telunjuk kanannya menekan butang dail.
“Hello, Assalamualaikum Aina. Aina akak minta maaf kalau akak ada buat silap. Adik. Akan minta maaf andai akak melukakan hati adik.” Kelopak mata masing-masing bergenang dengan air mendengar kata-kata maaf insann yang ternyata disalahkan walaupun ini bukanlah salahnya tetapi salah diri sendiri.,
“Akak.” Suara Aina tersekat-sekat menahan sebak.
“Aina, akak minta maaf Aina. Akak minta maaf.” Fatiema terus merayu.
“Tak akak. Aina yang salah. Aina yang tuduh akak. Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua akak. Aina yang bersalah. Memang patut Aina dikelaurkan dari kampus sebab memang memang saah kami kakak. Salah Aina. Perut ini tak akan terus mengecil akak. Lebih orang tahu sekarang sebelum adik dimalukan lagi. Adik redha akak. Aina akan jaga kandungan sampai dia lahir.” Aina bersemangat kembali sekalipun hati dan matanya menjatuhkan air mata.
“Macam inilah adik akak.” Fatiema memuji dalam hiba.
“Baik kak. Akak, Aina nak berkemas ni, ada masa nanti Aina call akak.” Kata Aina.
“Baiklah, Assalamualaikum. Balik nanti kirim salam akak pada mak ya.” Fatiema kirimkan salam kepada ibu Aina yang dipanggilnya Mak.
Aina yang meletakkan telefon kemudian berlih ke almari pakaiannya. Dia mengankat semua baju yang tergantung dan meleraikan penyangkut baju dari bajunya untuk dilipat dan dimuatkan ke dalam bagasi. Wajahnya masam mencuka memikirkan takdir yang menimpa dirinya. Dia takut untuk pulang dan memberitahu keadaan ibunya yang sedang mengidap penyakit darah tinggi.
Hal tersebut belum diketahui ibunya kerana pihak universiti menghubungi ibu Fatiema kerana mereka tidak mempunyai telefon di rumah ibunya. Jadi, umi Fatiemalah yang menyimpan rahsia tersebut kerana takut akan keadaan yang akan dialami kakak sepupunya itu. Ibuy Aina telah lama menghidap penyakit itu namun hari demi hari menunjukkan tahap ibunya semakin teruk.
Tepat jam 5.00 petang Aina sampai ke stesen bas Shahab Perdana. Dia disambut oleh kedua ibu bapa Fatiema. Terlihat sahaja kedua kelibat orang tua yang dianggapnya ibu bapa dia terus berlari memeluk umi Fatiema dan menangis teresak-esak. Umi Fatiema yang faham tidak berkata sepatah dan membiarkan Aina dalam pelukannya. Dia faham situasi Aina yang berada dalam keadaan yang bersalah dan menyesal. Naluri seorang ibu bukanlah sukar untuk memahami masalah yang dihadapi Aina.
“Sabar nak. Sabar. Umi ada di sini dan sentiasa di sisi kamu nak.” Umi besuara juga untuk memujuk Aina yang semakin kuat esaknya.
“Umi, Aina berdosa umi. Aina berdosa.” Aina tersekat-sekat berucap.
“ Allah akan ampunkan Aina. Sebesar mana pun dosa Aina. Umi yakin Allah maha besar dan Dia juga maha pengampun.” Umi berkata lagi.
“Dahlah. Orang tengok ni. Malu. Jom balik. Walid dah ambil beg Aina. Mesti rindu ibu kamu nak jumpa dengan anaknya.” Umi mengajak Aina pulang setelah puas memujuk Aina. Habis basah tudung sebalah kanannya dengan butir mutiara dari kelopak mata Aina.
BAB 5

“ Aina, kenapa jadi macam ni hah? Kenapa kau benda maksiat tu? Ya Allah Aina. Kau ni buat muka malu mak saja. Sekarang ni orang tak tahu, tak nampak lagi perut kau yang memboyot tu. Nanti orang nampak, habis satu kampung tahu. Mana mak nak letak muka Aina. Mak malu, malu.” Hati ibunya sakit mendengar perihal anak satu-satunya.
“Mak, Aina minta ampun mak. Aina berdosa, Aina ikut nafsu syaitan mak. Ampunkan Aina mak.” Aina memohon ampun ibunya dan bersujud di kaki ibunya yang hanya mampu berbaring.
“Aina, mak sayangkan kamu. Tapi kenapa jalan ni yang kamu pilih nak. Mak sanggup menanggung malu ini nak. Mak redha. Takdir telah menentukan nasib keluarga kita macam ni.” Ibunya menghembuskan nafas panjang. Dia sedar tiada apa pun perkara yang telah berlaku dapat diulang kembali. Sekali perahu terlajak jalan masih bisa dayung ke belakang tapi andai kata atau perilaku tiada apa yang dapat diputar kembali.
Rumah Aina kembali kelihatan indah dengan kesucian keampunan yang diampunkan oleh ibu tercinta. Perbutan yang disesalinya sudah berakhir. Kini, kata-kata taubat terungkap di bibirnya selalu tanpa gusar. Kadang kala air mata mengalir sendirinya walaupun ketika dia duduk termenung mengenang nasibnya. Kepada Fatiemalah tempat dia mengadu dan dari Fatiemalah dia memperoleh kekuatan. Sunnguh mulia hati seorang yang digelar kakak kerana punyai tanggungjawab dan kasih sayang terhadap seorang adik.

DUA MINGGU KEMUDIAN….
KEindahan sawah padi menghijau sungguh sedap untuk menyucikan mata. Sesungguhnya warna hijau akan menajamkan lagi mata seseorang itu apabila melihat. Kehijauan dedaun sawah padi umpama penawar yang akan menajamkan penglihatan yang memandang. Dalam Hadis turut berpesan, mata yang indah dan sentiasa tajam adalah mata manusia yang tidak melihat kemaluan, tidak melihat kepada najis, picisan-picisan yang merosakkan akhlak, dan aurat seseorang yang bukan muhrim dengan kita.
Sebuah Proton Perdana Hitam bernombor WKG 1190 masuk ke kawasan rumah. Aina yang berada di bawah pondok di pohon mangga membetulkan tudungnya yang menonjolkan auratnya.
Kelibat umi Fatiem keluar dari pintu belakang kereta itu. Dia berasa hairan kerana umi baru sahaja membeli Perodua Myvi. Kemudian muncul pula seorang lelaki pertengahan usia keluar dari kerusi pemandu dan seorang wanita yang bergaya ala datin dari tempat duduk hadapan.
“Eh, umi. Umi bawa sapa ni umi ? ” Tanya Zulaikha yang tidak mengenali dua orang seperti pasangan suami isteri itu dan bersalam dengan umi dan perempuan yang berada di tepi uminya itu.
“ Mereka ibu bapa Azri, Tuan Yunus dan Puan Kartini. Minggu lepas Kak Tima ada beritahu ibu yang keluarga Azri nak dating jumpa ibu Aina. Tapi umi bagi alamat umi dahulu sebab itulah umi bawa mereka datang.” Balas uminya yang punya gambaran kegembiraan di wajahnya.
Hati Aina tidak keruan. Dia merasa bersalah. Lalu dia kembali mencium tangan Puan Kartini di sebelah uminya itu.
“Puan, saya minta maaf puan. Saya mengaku saya bersalah. Puan ampunilah saya. Saya bersalah, saya berdosa.” Pinta Aina kepada Puan Kartini. Lalu Puan Kartini melepaskan tangan Aina. Tiba-tiba dia merangkul tubuh Aina dan memeluknya dengan erat.
“Tidak. Kamu tak salah. Anak mak cik yang salah. Kamu tidak salah nak, langsung tak bersalah.” Puan Kartini membela Aina yang menyalahkan dirinya.
“Aina, ajak Tuan dan Puan masuk.”umi menyuruh.
“ Mak cik, pak cik jemput masuk.” Aina mengalu-alukan kedatangan mereka masuk ke dalam rumah.
“Mak, ini ibu bapa Azri.” Aina perkenalkan kedua tetamu mereka kepada ibunya.
“Apa khabar kak? Macam mana keadaan kak?” Puan Kartini memanggil ibu Aina dengan panggilan kakak.
“Macam nilah puan. Puan saya sekeluarga minta maaf atas apa yang terjadi. Kalau puan nak tuntut ganti rugi atau saman sekalipun kami tak mampu. Kami bukan orang berada Puan.” Ibu Aina menangis mengharap belas.
“Tidak kak. Anak kami yang bersalah. Kami yang patut minta maaf sebab memalukan keluarga kak. Sebenarnya kami datang ini punya hajat besar. Kami mahukan anak kak menjadi menantu kami.Soal anak saya akak jangan risau dia menerima Aina.” Balas Puan Karini.
“Saya…saya bukan tidak bersetuju. Andai ini keputusan kedua belah pihak saya terima. Tapi Aina…” ibunya terhenti bercakap.
“Aina, mahukan kamu menjadi menantu pak cik. Azri sekarang tidak dapat tidur lena. Dia yang menyuruh mak cik datang ke sini untuk menebus dosa dia pada kamu nak.” Pinta Tuan Yunus yang dari tadi diam.
“Beri Aina masa. Aina perlu fikirkan keputusan terbaik buat Harap mak cik faham ” Aina minta kesempatan untuk berfikir.
“Baiklah nak. Mak cik izinkan tapi mak cik berharap kamu sudi menerima Azri kembali. Buangkanlah jauh-jauh kenangan pahit kamu berdua. Mulakan hidup yang baru.” Balas Puan Kartini.
“Kalau macam tu, saya nak pulang dululah kak.” Pinta keluarga Azri.
“Jemputlah minum dulu puan lepas tu makan tengah hari dekat sini. Bolehlah makan ikn darat kering.” Umi Fatima menambah.
“Tak apalah. Abang Yunus ada kerja lagi yang perlu diuruskan. Langkah kananlah kami hari ini. Dapat jumpa anak-anak buah syarikat cawangan di sini. Anak syarikat ada buat majlis sikit. Lain kali ya. Aina, kamu fikirkan betul-betul. Anak ini memerlukan ayahnya kelak dan jangan kamu bandingkan kenagan kamu dan masa depan. Assalamualaikum.” Ibu Azri bersalaman dengan orang rumah di situ dan kemudian beredar dan Umi Fatiema masih di rumah Aina melihat keaadan kakak sepupunya itu.

Suasana ibu kota memang tidak akan lari dari kesibukan. Kereta-kereta beratur sepanjang jalan. Fatiema bersyukur kerana keadaan ini tidak berlaku di Kedah. Mungkin kerana perbezaan kemajuan menyebabkan ibu kota sentiasa pesat dengan pembangunan, pekerja dan pendatang. Sekeliling pemandangan ada sahaja warga dari luar negara yang lagi sedang bercuti namun terpalit juga kekesalan kenapa majikan tetap mengambil pendatang tanpa izain bekerja.
Terlalu sempit dan cetek pemikiran orang kita kerana keuntungan memang akan diperoleh tinggi dengan bayaran gaji yang rendah kepada golongan PATI tapi tidakkah mereka seperti menindas rakyat sendiri dan mengalirkan mata wang negara ke luar. Namun tidak terus kita tuding jari kepada majikan tetapi perlu para penganggur uturt perlu sedar dengan kesusahan untuk mendapat kerja dan mereka yang begitu selektiif untuk mencari kerja yang mudah dan bergaji tinggi.
Fatiema dan Zulaikha berjalan keluar dari Maybank berdekatan Hentian Puduraya. Dia ke situ untuk bertemu dengan rakan lamanya yang kini bekerja di sana. Sudah tiga tahun dia tidak menemui rakan lamanya itu selain seorang lagi yang masih menetap Padang, Indonesia. Namun Facebook jugalah yang telah menemukan mereka. Akhirnya hubungan mereka semakin kembali rapat walupun hanya bemesra di laman sesawang.
Semasa berjalan, dua orang lelaki menaiki motosikal datang menghampiri mereka di tepi jalan. Tiba-tiba keadaan menjadi kalut. Pembonceng motosikal itu meragut beg tangan Fatiema. Seorang lelaki yang berada agak jauh dari situ membaling bagasi besi miliknya dan terkena cangkerang keledar pembonceng motosikal itu dan terjatuh. Motosikal yang dipandu oleh peragut itu akhirnya tersadai di bahu jalan. Belum sempat mereka melarikan diri orang ramai yang berada di tentangan jalan melintas dan meluru ke arah peragut tersebut.
Orang ramai berada di situ akhirnya berjaya menangkap kedua-dua peraguti ut dan memukul mereka di tengah orang ramai. Seorang memukul, seorang menendang dan ada seorang mak cik tua turut memukul lelaki itu menggunakan tongkat. Kedua-dua peragut itu diserahkan kepada pihak polis dan beg tangan Fatiema berjaya dimiliki kembali.
“Cik, awak tak apa-apa? Nak saya hantarkan ke klinik?” Tanya lelaki yan menyelamatkan Fatiema.
“Em, terima kasih. Terima kasih tolong saya. Alhamdulillah saya tak apa-apa.” Balas Fatiema sambil memgang tangannya.
“Betul?” lelaki itu cuba memasikan lagi.
“Betul ke kau tak apa-apa Tiema? Ya Allah Tiema, nasib tak jadi apa-apa.” Zulaikha bertanya. Dia tergamam dan takut mengalami kejadian yang ingin dia jauhi itu.
“Betul. Alhamdulillah aku tak apa-apa.” Balas Fatiema yang tidak ingin merisaukan kawannya itu.
“Cik berdua mari ikut saya kita buat laporan polis” lelaki itu mengajak mereka.
“Tak apalah Encik. Kami pergi sendiri.” Fatiema enggan lagi.
“Cik, saya kan salah seorang saksi saya pun perlu buat keterangan. Jadi, marilah saya bawakan cik berdua.” Pujuk lelaki itu.
“Baiklah.” Zulaikha mencantas keengganan Fatiema dan akhirnya kawannya itu akur.

“ Jemput naik.” Lelaki itu mempelawa dengan membuka pintu belakang.
“Kau naik kat depan ya, Tiema.” Zulaikha menyuruh temannya itu untuk duduk di penumpang depan.
“Tak apa cik. Cik boleh duduk di belakang. Saya faham.” Lelaki itu mempelawa Fatima untuk turut berada di belakang kerana dia faham kerana tidak manis dan pastinya Fatiema tidak selesa.
Mereka menuju ke Balai Polis Bukit Aman untuk membuat aduan dan mlaporkan keterangan saksi. Selesai sahaja mereka bersa laga nasib baik lelaki itu menolong mereka Kalau tidak pasti sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap mereka.
“Baguslah. Terima kasih ya Encik…..” Zulaikha terhenti kerana tidak kenal akan nama lelaki muda yang berwajah mat saleh itu. Dia berasa hairan lelaki itu boleh bertutur bahasa Melayu.
“ Steve. Awak berdua hendak ke mana? Mahu saya hantarkan?” Tanya Steve memperkenalkan diri.
“Tak apalah. Kami tak mahu menyusahkan Encik Steve. Lagipun Encik dan susahkan diri Encik tadi.” Fatiema enggan.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu. Bye.” Steve meminta pergi.
“Sekali lagi terima kasih.” Fatiema berkata.
“Hensemlah mamat tu. Siap jadi hero kau lagi Tima. Oh abang hensem.” Zulaikha mencelah.
“Encik Steve, tunggu sekejap. Sebagai tanda penghargaan kami, Fatiema nak belanja Encik makan.” Zulaikha memberhentikan Steve dan mempelawa dia makan. Fatiema yang mendengar dengan perlahan membulatkan mata dengan kata-kata Ika.
“Sudi ya Encik Steve. Rezeki jangan ditolak . ” Zulaikha memujuk.
“Baiklah. Saya terima dan panggil saja saya Steve kan lebih senang.” Steve menjawab pendek.
“Tiema sinilah. Oh ya, saya Zulaikha dan ini kawan saya, Fatiema Az-Zahra.” Zulaikha memperkenalkan diri mereka kepada sang penyelamat itu.
“Mari Encik Steve. Encik Steve nak makan apa? Sori, Steve. Cakap saja nanti Fatiema bayarkan.
“Apa saja saya makan asalkan halal.” Steve menjawab.
Fatiema dan Zulaikha saling terpandang. Mereka terkejut mendengar seorang lelaki mat saleh itu mengatakan makanan yang halal.
“ Steve awak ni beragama apa and are you Malaysians?” Tanya Fatiema yang inginkan kepastian.
“Yes, my granny Malaysians. I am Christian lastly 3 month ago. I’m Muslim now” Steve menjawab pendek.
“ Alhamdulilah. Patut awak cakap pasal makanan halal.” Fatiema bertanya lagi sambil berjalan menuju ke kereta.
“My family favourite. Saya pun suka.” Balasnya lagi.
Perbualan mereka terhenti seketika. Zulaikha mencadangkan mereka untuk makan di Mc Donalds. Namun Steve enggan kerana dia lebih suka makan di warung-warung. Jadi mereka mengikut kehendak Steve. Apatah lagi citarasa dia dan Fatiema sama kerana suka masakan warung yang sedap dan harganya jauh lebih murah. Setelah selesai makan, masing-masing meminta diri. Steve menghulurkan sekeping kad tertera namanya di situ beserta nombor telefon. Namun, Fatiema tidak membalas untuk memberikan kad kerana dia tidak memiliki kad nama. Zulaikha yang memusing belakang mengeluarkan sebatang pen dan menulis sesuatu pada sehelai tisu dan diberkan kepada Steve sambil matanya mengerling kea rah Fatiema. Dia tahu bahawa lelaki kacukan itu sering memandang Fatiema jika ada peluang namun tertangkap oleh gadis itu. Wajah merah padam lelaki itu pun jelaslah mewarna.
Mereka membatalkan hajat mereka untuk pergi ke Berjaya Times Square. Selepas makan, mereka terus ke stesen LRT setelah menolak pelawaan Steve untuk menghantar mereka. Mereka akan turun ke KL Sentral dan menaiki KTM ke stesen Bangi. Fatiema langsung tidak berkata-kata sepanjang perjalanan kerana masih memikirkan peristiwa ragut tadi. Dia harus menyimpan rahsia ini kerana takut uminya akan risau.

“Cik Fatiema. Dari tadi awak mengelamun . Angau ke?” nada suara Zulaikha seakanakan mengajuk panggilan cik kepada Fatiema.
“Mana ada. Alhamdulillah aku tak apa-apa. Kalau tak aku tak tahu apa akan jadi pada aku. Nasib baik Allah turunkan lelaki itu untuk menyelamatkan aku.” Balas Fatiema. Namun dia tetap teringat akan Steve yang menjadi hero menyelamatkannya daripada menjadi mangsa ragut. Mana tidaknya, setiap hari media mesti memaparkan kes ini berlaku di merata tempat sehingga ada yang tercabut nyawanya. Hati manusia tidak pernah serik melakukan kejahatan. Nauzubillah.
Alhamdulillah ya Allah hamba terselamat. Hamba bersyukur padaMu memanjangkan umurku, membawa seorang Adam menyelamatkanku daripada menjadi mangsa nafsu serakah manusia yang bertoppengkan Iblis itu. Kau bukakanlah pintu hati mereka untuk bertaubat dan menyerah diri kepadaMu ya Allah, dalam hatinya terdetik juga untuk mendoakan penjenayah yang semakin hari semakin melampau.
Fatiema menggapai tualanya yang tersidai di ampaian dan menuju ke kamar kecil. Zulaikha yang sedari tadi berceloteh mengenai nasib yang menimpa rakan baiknya kepada rakan serumah mereka. Mereka bersyukur kerana Fatiema terselamat dan penjenayah pun telah dapat ditangkap. Maka bunyi hilai tawa pula bermula dengan kisah masing-masing yang dibawa dari kampus. Warga dalam rumah tersebut memang tidakpernah lekang dengan cerita namun mereka tidak mahu untuk menabur fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh. Sesungguhnya dalam pertuturan yang dikata pasti mereka susun dengan betul tanpa sedikit pun tokokan melainkan mereka berjenaka.
Zulaikha yang masuk ke bilik melihat sekujur tubuh terbaring di lantai. Fatiema yang masih lengkap dengan telekung tertidur di atas sejadah sambil jarinya menggerakkan butir-butir tasbih. Zulaikha membiarkan rakannya itu kerana memang sudah biasa gadis itu tidur dengan jarinya menggerakkan butiran tasbih sebegitu. Mungkin kerana dia sangat bersyukur kepada Tuhan kerana diberi ajal yang panjang. Dia begitu senag melihat Fatiema kerana di wajahnya jarang sekali menunjukkan kemurungan dan hanya dihiasi wajah kegembiraan dan ketenangan walaupun dalam hatinya terpalit seribu kedukaan. Gadis ini pandai menyimpan rahsia biarpun dari mulut mahupun riak wajah.

“ Ya tuhanku hanya padamu…..”
Mainnya lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza berjudul Tahajjud Cinta dari telefon bimbit Fatiema. Dia tidak mengenali nombor telefon yang terpapar lalu mengankat dan memberi salam.
“Assalamualaikum.” Bicara pembuka kata Fatiema lafazkan.
“Emm. Maaf. Ini Cik Fatiema bukan?” pemanggil itu tidak menjawab salam.
“Encik ini siapa?” Tanya Fatiema kerana setahu dia tidak ramai lelaki yang tahu nombor telefonnya.
Zulaikha yang menyedari hal tersebut meminta izin ke tandas. Fatiema belum mengesyaki kepada gadis itu kerana Zulaikha tahu yang pemanggil itu semestinya Steve.
“Saya Steve. Ingat laki tak?” Steve menjawab.
“Oh, Steve !” Bibir Fatiema terhenti berkata.
“Mana awak dapat nombor saya?” Fatiema bertanya ingin mendapat kepastian.
“Yang itu awak tak perlu tahu. Saya nak jumpa awak boleh?” Tanya Steve.
“Tapi saya sibuk.” Fatiema menjawab laju sebaik Steve habis berkata.
“Takkan awak tak sudi keluar dengan orang yang menyelamatkan awak. Lagipun saya ada hajat yang sangat besar.”
“Hajat apa awak nak jumpa dengan saya?”
“Awak datang dulu di Kafeteria tempat awak. Saya dah ada kat sana. Saya tunggu awak.” Steve berhenti berkata dan meletak telefon.
Fatiema tidak sempat menjawab. Dalam hatinya berkata apakah dia perlu berjumpa dengan Steve. Andai tidak bertemu mungkin akan membuat dia terkilan. Lagipun dia dah menyelamatkan Fatiema dalam insiden minggu lalu. Apa hajatnya. Bagaimana dia tahu nombor telefon aku ?
“Hmm… tidak syak lagi Zulaikha.” Fatiema yakin.
Dia terus meluru ke tandas dan mencari Zulaikha dan berbicara mengenai hal tersebut. Zulaikha yang memang nakal dengan sifat menyakat terus menyakat hingga Fatiema merah padam pipinya. Selepas 20 minit, Fatie dan Zulaikha akhirnya ke cafeteria untuk bertemu Steve. Zulaikha yang mengikuti di sebelah kanan melambai tanganny kea rah Steve.
“Hai, jemputlah duduk.” Pelawa Steve.
“Takkan nak berdiri pulak cik abang oi.” Zulakha berjenaka dan merayaplah cubitan di pinggannya.
“Fatiema, saya hendak awak jadi seorang wanita yang membimbing saya.” Steve bercakap dengan penuh serius.
Kedua anak gadis itu terkejut dan membulatkan mata. Kemudian Zulaikha tersenyum sinis ke arah Fatiema yang terdiam dan menunduk. Fatiema berasa kurang selesa kerana ini kali pertama gadis ini menerima lamaran sebegitu.
“Awak, saya bukan tidak mahu tetapi seorang lelaki apabila berdekatan dengan seorang perempuan tanpa ada ikatan boleh menimbulkan fitnah. Saya tidak mahu berlaku ini kepada saya dan mungkin akan menjejaskan diri awak sendiri.” Jawab Fatiema.
“Memang itu saya tahu. Sejak pertama kali saya lihat awak, saya telah jatuh cinta dengan budi pekerti awak dan kemesraan awak dengan kawan awak. Biarlah kita saling mengenal hati budi. Saya sudah merasa kenikmatan dan keindahan dalam islam dan ini kali pertama dalam ribuan wanita yang dapat saya lihat sinar diwajahnya dan bibir yang sentiasa memuji Allah dalam apa jua keadaan.” Steve berkata.
“ Betul tu Fatiema. Kamu tidak boleh terus menilai sesorang. Dia seorang yang berterus terang patutkah kamu menolak seorang lelaki seperti ini, Tiema.” Zulaikha membisik di telinga gadis yang keliru antara simpati dan serba salah.
“ Biar kita berkawan seperti biasa sahaja lebih senang. Saya belum sedia memikirkan semua itu.” Pendek jawapan Fatiema.
“Saya Iqram Khursi Cyrun, nama Islam saya. Nenek saya berikan even dia bukan Islam.” Beritahu usul nama Islamnya.
“Saya dengan senang hati, Fatiema Az-Zahra menerima kamu sebagai seorang rakan.” Dalam keadaan gugup dia merelakan persahabatan ini.
Hubungan yang bermula dengan persahabatan terus berjalan lancar. Setiap persoalan yang ditanya Iqram dipenuhi dengan jawapan yang padat. Dalam menjaga pergaulan, Zulaikha menjadi peneman daripada menghindar perkara-perkara maksiat dan fitnah. Lama-kelamaan kemesraan mereka semakin intim. Perkara itu dapat dihidu oleh Zulaikha. Namun masing-masing masih mendiamkan diri dan hanya berbicara dengan apa yang dijanjikan sahaja. Sesungguhnya penangan Fatiema berjaya menambahkan iman Iqram yang sentiasa ingat. Itulah seorang lelaki, dia akan sentiasa ingat apa jua yang tersampai dalam benak hati andai itu bisikan insan yang dicintai.
Lama kelamaan pertemuan mereka, mesra dan intim semakin menampakkan sinarnya.
Dua minggu kemudian
Mereka yang selalu bertemu di taman begitu asyik dibuai perasaan dan mereka sedar perasaan cinta jikalau ditentukan Allah pasti ada jodohnya. Saling menikmati panorama, keindahan itulah yang Fatiema kaitkan untuk menunjukkan kekuasaan Allah yang maha esa. Memang fitrah kejadian alam yang telah ditentukan. Tuhan jadikan langit dan bumi untuk manusia kemudian Dia menduga kita dengan syaitan untuk melihat sejauh mana keimanan kita mengharungi dugaannya. Andai iman lemah, syaitanlah yang kita ikut.
Iqram semakin mengerti fitrah manusia dan Islam. Dia begitu kagum melihat seorang gadis suci seumpama bidadari melayarkan mindanya yang sangat luas terhadap islam dan sentiasa mendengar kata-kata indah memuji Allah. Dalam hatinya, cinta semakin mekar dan dia tidak sanggup untuk berjauhan dengan gadis itu yang akan pulang ke kampungnya. Entah bila lagi akan mereka bertemu. Andai saja ikatan ini milik mereka. Namun, di benak hatinya turut meragui apakah Fatiema turut mempunyai perasaan sebegitu kepadanya. Memang malamnya sentiasa terbayangkan wajah gadis itu. Tidak dapat dia berikan tumpuan kepada syarikatnya. Dia begitu menghormati sikap gadis itu yang cukup menjaga pergaulannya. Sering dia berdoa dalam sujudnya untuk memiliki gadis yang sangat dia cintai.
“Ya Allah.” Iqram kedengaran mengeluh.
“Kenapa Iqram? Awak dah tak larat ke? Nak kita berhanti setakat ini sahaja hari ini?” Fatiema bertanya melulu.
“Tak. Saya okey. Cuma…” Iqram terhenti.
“ Cuma apa? Awak takut saya pergi ya?” Fatiema berjenaka.
“Ya, saya takut awak pergi dari saya. Saya selalu terfikirkan awak Fatiema. Saya cintakan awak.” Iqram dengan nada serius.
“ Iqram, biar saya berterus terang. Saya dah tak mampu untuk pendam lagi perasaan saya. Memang saya ikhlas untuk tolong awak. Tapi saya tak mahu awak ambil ini sebagai kesempatan untuk mendekati saya. Saya tak mahu awak permainkan agama untuk awak mendapat apa yang awak mahukan. Diri saya bukan untuk itu.” Mata Fatiema sedikit bersinar kerana meragui apa yang dikatakan Iqram.
“ Fatiema, mengenai Islam memang saya ikhlas untuk mendalaminya. Saya tidak main-main. Bukankah fitrah seorang lelaki untuk seorang wanita. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya mahu memiliki awak.”
“ Cukup Iqram. Saya memang ada perasaan terhadap awak. Saya suka kepada awak dengan kesungguhan awak menarik minat saya untuk mengenali awak. Tapi, untuk bercinta saya memerlukan masa. Biarpun ini cinta pertama, sebolehnya saya tidak mahu gagal. Saya tidak mahu persahabatan kita hancur.” Fatiema membalas.
“ Biar masa yang tentukan. Saya perlukan masa untuk berfikir.” Fatiema menyambung.
“ Buruk sangatkah saya untuk awak. Mungkin iman saya tidak setebal awak untuk membimbing awak.” Iqram membalas.
“Tidak. Awak terlalu baik untuk saya. Dan saya merasakan cinta saya untuk awak tapi saya rasa ini jalan terbaik. Berikan saya masa. Malam ini saya beritahu awak. Awak berdoalah, andai ini jodoh kita saya terima awak. Assalamualaikum.” Fatiema berlalu pergi bersama Zulaikha.
Zulaikha yang berda di sampingnya hanya mampu menggosok bahu Fatiema. Dia merasa bukan masa yang tepat untuk dia bersuara. Biarlah reda perasaan Fatiema dulu. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya dari tas dan menaip mesej untuk Iqram.
“Iqram maafkan Tiema. Awak berdoalah, supaya kamu berdua bertemu jodoh untuk bercinta. Dia memerlukan masa. Pastinya dia akan istikharah untuk membuat pilihan dalam hidupnya. Insya Allah, andai Allah tentukan dia untuk awak takkan ke mana. Salam.”
Iqram begitu mengharapkan cinta Fatiema menjadi miliknya. Telefonnya tidak dilepaskan. Dia sangat menantikan keputusan Fatiema. Berada dalam kecemasan, dia menggapai terjemahan kitab suci Al-Quran yang terletak di para dan mencuba mengambil ketenangan. Masih dia ingat pesanan Fatiema yang selalu membaca surah Fatihah an ayat Kursi sebelum memulakan bacaan ayat-ayat cinta dari Allah itu. Sebaris demi sebaris dibacanya walaupun tidak begitu lancar. Sepotong dibaca kemudian dia merenung terjemahannya dalam tulisan rumi. Dia mengaku begitu mendalamnya peranan al-quran untuk membentuk jati diri seorang muslim. Bacaanya terus berlarutan hampir mencecah dua jam. Namun, dia langsung tidak menyedarinya.
Fatiema baru sahaja beristikharah dan meminta petunjuk Allah andai ini jodoh bersama Iqram adalah miliknya. Sujudnya yang lama begitu menunjukkan kesungguhannya terhadap seorang adam tetapi dia tidak mahu bertafsir sendiri dan dia sangat memerlukan petunjuk Allah dan redha dengan pilihan yang akan dibuatnya.
Fatiema yang berjanji kepada Iqram untuk menghubunginya, menggapai telefon bimbit untuk membuat panggilan. Namun, wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa jawapan. Namun jawapan hanya ada dalam dirinya. Jarinya gementar untuk menekan butang panggilan. Atas nama janji dia tetap yakin untuk memberikan jawapannya kepada Iqram. Perasaan cinta terhadap Iqram memang ada, namun dia berdaya untuk menyembunyikan kerana takut jatuh ke dalam takdir yang tidak dia inginkan. Akhirnya, malam ini menjadi perhitungan cinta mereka.
“Assalamualaikum.” Fatiema memulakan bicara. Namun, dia terdengarkan suara seorang lelaki membaca ayat suci Al-quran sebelum menjawab panggilannya.
“Waalaikumussalam. Maaf, Fatiema. Saya tidak perasan saya dah tekan butang jawab.” Jawab Iqram.
“Tak apa. Mesti sudah lama awak menunngu panggilan saya kan? Saya minta maaf membuang masa awak.”
“ Apa maksud awak Fatiema? Saya tidak faham.”
“ Saya sudah buat pilihan saya dan saya tidak akan menyesal dengan pilihan saya ini. Tidak ada sesiapapun dapat mengubah keputusan saya.”
“ Fatiema, andai saya terbaik buat awak, saya akan bersama awak. Saya terima apa jua keputusan awak. Kita telah merancang, yang tentukan adalah Allah. I have to face it.”
“ Memang fitrah, wanita diciptakan untuk lelaki. Tapi, tidak semua wanita itu akan dimiliki lelaki yang dia kehendaki dan awak ditentukan Allah untuk memiliki cinta saya. Saya sudah membuat keputusan dan sekali-kali tidak akan mengubahnya. Saya milik awak, Iqram.
“ Ya, Allah. Betul apa yang awak cakapkan kepada saya? Apa saya brmimpi dengan takdir ini? Fatiema?”
“ Alhamdulillah, saya milik awak selagi Allah mahukannya. Awak berjanji, kita akan harungi apa sahaja hingga kita dihalalkan maha pencipta.”
“Saya janji Fatiema. Demi nama tuhan yang saya akan jaga hubungan kita selagi Dia mahukan. Awak ni buat saya saspen sahaja.”
“ Tak adalah sangat. Saya mahu menguji kesabaran awak. Okeylah, saya ada benda nak buat pulak ni. Aisyah dah online, kalau awak nak online juga boleh kita chatting.”
“ Baiklah, lagipun saya tidak sibuk. Boleh temankan awak.”
Malam itu menentukan hubungan Fatiema dan Iqram sebagai pasangan kekasih. Dengan panjatkan doa mereka berharap hubungan mereka akan berkekalan. Riuh rendahlah suasana rumah tersebut apabila mendapat tahu Fatiema sekarang sudah mempunyai buah hati. Semua begitu cemburu apabila Zulaikha menunjukkan gambar Iqram yang diambil curi-curi melalui telefon bimbitnya. Teserlah kekacakan wajah kacukan Inggeris lelaki itu yang kemudian ditunjukkan pula gambar Fatiema yang sedang menjukkan sesuatu daripada buku sambil lelaki itu melihat wajah gadis itu. Setelah disakat, merah padam wajah gadis itu apabila terbongkar hubungannya yang mula berputik cinta.
BAB 5
Rumah Ustaz dan Umi dihadiri tetamu. Mereka rakan lama Walid Fatiema. Mereka selalu berjumpa dan selalu kunjung-mengunjung apabila cuti sekolah. Setelah keluarga mereka dipindahkan ke Sarawak, hanya khabar suara sahaja dapat didengar. Kini, Ustaz Ismail telah bersara dari perkhidmatannya. Dia kini menumpukan perkara yang sama dilakukan oleh walid Fatiema iaitu membuka kelas Taranum.
“ Macam mana lepas bersara?” Tanya walid Fatiema.
“ Alhamdulillah, walafiat lagi. Boleh lagi buat kerja.” Balas Ustaz Ismail.
Isteri masing-masing berada di dapur sedang menyiapkan makanan tengah hari. Memang rutin yang sudah lama dilakukan oleh mereka. Sekarang anak masing-masing telah membesar dengan dewasa sekali. Anak Ustaz Ismail dan Puan Zakiah kini sedang menuntut di Sydney, Australia dan nak gadisnya pula berada di Universiti Al Azhar, Mesir. Memang beruntung dalam kesyukuran diberikan anak-anak yang bertanggungjawab dan cerdik pandai. Kini, masing-masing sedang menanti tahun akhir untuk menamatkan pengajian.
“ Anak akak macam mana, sihat?” Tanya Puan Zakiah.
“Alhamdulillah. Baru pagi tadi dia telefon. Akak ada beritahu yang Kiah nak datang, dia ada kirim salam rindu kat Kiah.Haziq macam mana? Mesti bertambah kacak sekarang ya?” Balas umi Fatiema yang mesra memangil pUan Zakiah dengan panggilan Kiah.
“Haziq? Susah sekali nak telefon katanya jauh. Tapi, kadang-kadang adalah buat panggilan video dengan adik dia kat bilik. Alhamdulillah dia tidak ikut gejala macam kat sana yang merisaukan Kiah akak.” Balas Puan Zakiah.
“Anak muda Kiah, tapi Haziq kan dah dapat tunjuk ajar cukup dari walid dia, dia peganglah amanah ayahnya lah tu.” Puji umi terhadap Haziq.
“ Kak, Kiah ada hajat. Apa kata kita bincang dengan abang-abang kita supaya menjodohkan Haziq dengan Fatiema?” Puan Zakiah begitu sayangkan Fatiema.
“Akak setuju. Begitu juga harapan abang. Sebelum ni dia ada beritahu akak nak jodohkan Haziq dengan Fatiema.Tapi kita kena Tanya tuan badan sendiri. Kamu Tanya Haziq, biar akak tanyakan Tiema.” Umi Fatiema tersenyum lebar.
“Entah macam mana bila anak kita berjumpa. Dulu masa budak-budak habis satu kampung merayau sampai ke senja. Ingat lagi akak, kita peri cari mereka rupa-rupanya tersadai lena atas pondok di pohon nangka belakang rumah. Macam-macam karenah mereka.” Puan Zakiah mengingat memori lama kisah anak-anak mereka.
“Yela, mana tidaknya, dah senja risaulah. Sekarang ni lain. Fatiema dah tidak rapat dengan lelaki. Dia cukup jaga batas-batas pergaulan.” Balas umi Fatiema lagi.
Suasana makan tengah hari menjadi riuh apabila dua buah keluarga bersatu dalam satu hidangan. Cukup meriah dengan susur galur cerita setelah lama tidak bersua muka. Hidangan tengah hari begitu enak dan istimewa dimasak oleh air tangan dua ibu solehah. Selain kesedapan rasa, lontaran kasih sayang turut dilempiaskan dalam masakan dan menjadi lebih enak. Masak lemak cili padi, sambal tumis, ulam-ulaman seperti pucuk putat, pucuk gajus dicecah dengan sambal belacan giling memenuhi muatan selera dua buah keluarga itu. Walaupun tidak diserikan dengan anak-anak, suasana tetap menjadi gamat.
Selesai sahaja makan,masing-masing duduk berehat seketika sementara menanti Zuhur diazankan. Kisah anak-anak pula menjadi hal bualan. Maklumlah kudua-dua buah keluarga ini menganggap anak mereka ini seperti anak sendiri. Kasih sayang yang dicurahkan tidak berbelah bagi. Bicara soal jodoh, Ustaz Ismail bertanyakan mengenai Fatiema sama ada sudah berpunya pilihan hati mahupun belum. Akhirnya membuat kata putus untuk bertanyakan hal ini kepada anak masing-masing setelah mereka menamatkan akhir tahun pengajian dua minggu lagi. Masing-masing sudah memasang hajat untuk menjadi besan. Namun, apakah takdir tuhan akan menentukan segala yang mereka rancang. Manusia, hanya mampu merancang dan segala yang ditentukan semuanya di tangan Allah yang maha berkuasa.
Azan Zuhur sudah berkumandang. Ustaz Ismail dan walid Fatiema pergi menunaikan solat di Masjid Kampung Sedalam. Begitulah orang lelaki yang diberi kelebihan untuk menunaikan solat berjemaah kerana ini merupakan sunah Nabi Muhammad S.A.W. Namun dalam kehidupan yang ditelan dengan minda yang cetek, anak-anak muda jarang sekali datang untuk berjemaah. Tidak hanya di masjid itu tapi di kebanyakan masjid memang seperti ini keadaannya. Laungan azan yang berkumandang sungguh indah kedengaran suara yang menyeru seluruh muslimin dan muslimat untuk menunaikan solat dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Fatiema yang sedang melayari Facebook sedang menghadapkan wajahnya ke skrin. Isyarat tman baru terpapar di sudut kanan dinding laman. Dia kemudian mengklik di itu dan terpapar wajah seorang gadis yang dia kenali. Setelah diamati, dia masih belum dapat meneka pemilik wajah tersebut. Gadis tersebut kemudiannya menulis di ruangan semabang.
“Kenal lagi tak?”
“ Aisyah kan?”
“Ya, aku ni. Dah lama tak dengar berita kau. Kau study kat mana. Aku kat Sydney sekarang ni. ”
“Subhanallah. Akhirnya Ecah. Dapat juga berhubung dengan kau. Aku study kat Malaysia. Dua minggu lagi tamat pengajian. Kau bila nak balik sini. Rindu lah.”
“Tak tahu lagi. Mungkin Mac tahun depan. Sebab sekarang ni aku sibuk. Seronoknya dapat jumpa kau balik.”
“ Samalah.”
Aisyah teman lma Fatiema semasa belajar di Maktab Mahmud, Alor Star. Dia masih belajar di Australia dalam bidang perubatan. Ternyata mereka akhirnya bertemu kembali walaupun hanya melalui jarak jauh. Kegembiraan terpancar di wajah Fatiema. Kerinduan kepada teman baiknya yang telah lama tidak mendapat khabar berita akhirnya terubat kembali. Sungguh kecilnya dunia apabila teknologi digunakan.
Setelah bertemu kembali, mereka mula berbual panjang. Dari hal kecil hinggalah hal besar saling mereka kongsikan. Hubunganmereka angat rapat semasa zaman persekolahan dulu dan tidak hairanlah hingga ke tengah malam cerita mereka berlarutan. Mata Fatiema tidak dapat bersengkang lagi. Lalu dia meminta izin untuk berundur dari medan sesawang yang canggih itu. Usai dia mematikan suis komputer, dia beristighfar dan bersyukur atas kebesaran Allah dan takdir yang ditentukan dia dapat bertemu kembali dengan kawan karibnya itu.
Hari semakin menjadi, mereka berdua saling tidak berhenti bersembang. Tidak cukup Aisyah, Iqram turut berchatting dengannya. Namun, Fatiema tidak terlalu ghairah hingga terlupa kepada solatnya, tugasan akhirnya kerana tiga hari lagi pengajianya akan tamat. Dia juga telah menceritakan mengenai Iqram kepada Aisyah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.
Tanpa berselindung, Aisyah juga turut menceritakan mengenai seorang lelaki yang berjaya menambat hatinya. Namun, lelaki itu mungkin tidak perasan mengenai Aisyah. Lelaki itu berasal dari Malaysia dan berasal dari Sarawak. Aisyah hanya mendiamkan diri daripada mendekati lelaki itu kerana perasaan malunya dan sukar mendekati golongan lelaki. Jadi, dia hanya memendam perasaannya kerana malu. Berulangkali kali juga dinasihatinya, dia tetap enggan sekalipun Fatiema.
Malam begitu kelewatan. Fatiema sudah pun terlelap. Wajahnya begitu kelihatan cerah seperti ada sinar. Memang tidak leka kerana dia menggunkakan waktu tidurnya dengan cukup baik. Memang itu yang diajar oleh umminya sejak kecil hingga menjadi terbiasa. Malam itu, Fatiema termimpikan jodohnya bersama Iqram hingga ke jinjang pelamin. Mereka merasa gembira dengan jemputan yang dihadiri ramai. Suasana lebih gamit apabila mereka duduk makan di meja pengantin. Namun, mimpi itu tidak lama setelah dia tersedar dari mimpinya.
“Astaghfirullahalazim.” Fatiema menekup kedua mukanya dengan tapak tangan. Dia duduk seketika di atas katil kemudian bibirnya menguntumkan senyuman dengan mimpi yang diharapkannya menjadi kenyataan. Dia bersyukur kerana telah diberikan seorang adam untuk dirinya. Fatiema sentiasa berdoa supaya hubungan mereka sentiasa baik dan lancar. Memang ternyata, setiap doa yang dipinta dimakbulkan tuhan. Jelas kegembiraan terpancar di wajahnya. Bibir menguntum senyuman, mata membentuk kilauan permata. Sungguh indah. Pastinya cinta ke akhir hayat menjadi dambaannya. Namun, memang Tuhan maha kuasa kepadaNyalah dia berserah.
“Ya Allah, hamba memohon padaMu. Hamba sangat memerlukan Mu. Bimbinglah hamba agar dapat membuat keputusan terbaik dalam hidup hamba. Apakah hamba bahagia menjaga seorang anak tanpa ayahnya. Hamba bingung Ya Allah. Hamba berserah padaMu atas keputusan yang hamba telah pilih. Semoga keputusanku mendapat keredaanMu. Hamba redha. Amin ya rabbal Alamin” Aina bersungguh berdoa supaya diberikan pilihan terbaik.
Telah tiba masanya untuk memberikan jawapan kepada kedua ibu bapa Azri. Esok paginya dia akan menghubungi Puan Zakiah. Wajah mengharap untuk mendapat kebahagiaan untuk bayi dalam kandungannya terpancar. Air mata bercucuran. Malam sudah mencecah 2.30 pagi, Aina meneruskan pembacaan Al-quran setelah menunaikan solat sunat Istikharah untuk memohon petunjuk dari Allah untuk membuat keputusannya.
Fajar telah terbit, matahari menyinarkan warna keemasan dipagi yang indah. Aina sudah berdiri terpacak melihat sawah padi yang masih kehijauan dan terlihat seperti mutiara di hujung daunnya yang timbul dari embun. Wajahnya begitu tajam melihat panorama pagi kampungnya. Gerai di hujung jalan sudah di buka menanti pelanggan datang membeli juadah untuk bersarapan. Pesawah-pesawah pula telah turun ke bendang mereka melihat padi dari ancaman serangga dan tikus.
“ Aina. Apa kamu buat tu?” Tanya ibunya yang semakin beransur sihat. Ibunya menggunakan kerusi roda dan bergerak ke arahnya. Namun perjalanan tersekat kerana ada parit yang hanya bertitikan kayu kecil.
“Eh, mak! Kenapa kelar awal pagi ini, sejuk lah mak. Nanti masuk angin.” Tegur Aina.
“ Kamu dah buat keputusan kamu. Bukan kamu sudah janji dengan Mak Cik Zakiah nak beritahu padanya hari ini?” Tanya ibunya.
“ Sudah mak. Aina akan telefon Mak Cik Zakiah sekejap lagi. Aina redha dengan keputusan Aina. Aina tidak sekali-kali akan menyesal.” Aina berkata.
“ Mak ikut kamu nak. Apa yang terbaik untuk kamu terbaik juga untuk mak. Mak tak mahu kamu kahwin kerana terpaksa. Nanti lain jadinya.”
“ Insya Allah mak.” Aina bergegas ke ibunya dan terus memeluk ibunya. Dia memohon ampun kepada ibunya itu kerana memalukan ibunya. Kebanyakan orang kampung telah mengetahuinya. Namun, mereka tidak berkata apa-apa. Biarlah mereka sebarkan, Aina tetap reda. Aina dan ibunya kemudian masuk ke rumah.
“Hello Assalamualaikum.” Kedengaran suara seorang lelaki menelefon Aina.
“Waalaikumussalam. Siapa ini?” Aina bertanya.
“ Azri. Saya nak tahu keputusan awak, Aina. Saya nak tebus kesalahan saya kepada awak. Saya tahu saya yang bersalah kepada awak.” Azri menyesal.
“ Tak. Bukan salah awak tapi salah kita berdua. Saya tidak boleh bagi jawapan kepada awak. Nanti saya telefon ibu awak dan awak dengar lagi mulutnya sendiri.” Aina kemudian meletakkan telefon. Kedengaran suara Azri sangat berlainan sehingga Aina tidak dapat meneka siapa yang menghubunginya. Kemudian dia menghubungi Puan Zakiah kerana tidak mampu mendiamkan diri lagi dengan keputusannya.

Hari ini adalah hari terakhir dia berada di bumi kampus. Esoknya, dia bukan lagi siswazah di kampus ini. Cukup banyak kenangan yang terpahat dalam hatinya. Walaupun gembira dengan segulung ijzah namun hatinya sebak untuk meninggalkan rakannya yang akan berada di merata tempat untuk meneruskan kerjaya mereka.
Sebelum pulang ke kampung pada lusanya, dia telah berjanji untuk memenuhi hari esoknya bersama Iqram. Menjadikan Genting Highland sebagai destinasi, dia tetap enggan hanya berdua. Kali ini, tidak hanya Zulaikha yang dibawa tetapi Iqram membawa adiknya Zehra Amani menemani mereka supaya tidak kelihatan begitu kekok.
Pemandangan pagi di puncak Genting Highland masih berkabus walaupun jam sudah mencecah jam 9.00 pagi. Suasana dalam kereta Proton Perdana milik Iqram tetap bingit. Zehra seorang yang sangat celoteh mulutnya. Dia turut menceritakan perihal abangnya itu semasa kecil sampai semua ketawa. Fatiema mampu menahan ketawanya supaya tidak begitu kuat. Sungguh ceria dan manis pekerti Zehra. Adik Iqram yang berusia 19 tahun itu sangat peramah dan dia mengetahui serba sedikit mengenai Fatiema kerana diceritakan oleh abangnya. Menurutnya lagi, Iqram seorang yang pemalu dan bila dia berterus terang memang dia bersungguh-sungguh.
Perbualan terus berlangsung dengan rancak ditambah jenaka Zulaikha. Fatiema hanya memandang persekitaran setelah turun dari kereta. Telefon bimbitnya kemudian berbunyi.


Nantikan sambungannya...


Terdengar suara wanita menerbitkan kata-kata salam ke gegendang telinganya. Aina, memulakan perbualan. Dia berasa lega kerana ada yang sudi mendengar rintihan hatinya yang membuak-buak keinsafan atas dosa yang dilakukannya.
"Akak, emak dan ayah Azri datang. Mereka mahu kami kahwin.Tapi..." pertuturan gadis itu tersekat-sekat. Aina dapat membayangkan kehambaran wajah Aina dari sudut hatinya.

"Aina, kalau itu jalan terbaik, kamu harus lakukan itu. Buatlah Istikharah, minta petunjuk Allah. Dan keputusan yang kamu lakukan itu pasti terbaik buat kamu." pinta Fatiema. Suara Iqram dan Zehra memecah suasana hingga ke telefon.

"Baiklah akak. Aina akan buat keputusan yang terbaik. Maaf ya, Aina mengganggu akak. Assalamualaikum." Aina kembali peroleh kekuatan.

"Aina, jangan sesekali kamu putus asa. Keputusan kamu biar dari minda kamu, bukan dari hati. Fikir yang terbaik. Jaga kandungan kamu." Fatiema mengakhiri perbualan. Nada sebak memang tersa ke dalam hatinya, namun dia harus berlagak riang supaya percutiannya bersama Iqram dan Zehra memberikan keseronokan.


*****

Tak terdaya rasanya aku untuk menyambung "Tahiyat Terakhir ini" Fedup dengan kekangan masa.. kemudian bila punya masa kekontangan idea... biar terus aku rumuskan cerita ini...


***
Aina telah membuat keputusan setelah beristikkarah meminta petunjuk Allah s.w.t untuk membuat pilihan yang tebaik dalam hiduppnya. Akhirnya dia telah memilih untuk bersama-sama bertanggungjawab dengan menikahi Azmi. Suasan pernikahan berlangsung dengan meriah. Tidak dengan itu, mulut oang kampung memang suka dengan sikap jaga tepi kain orang. Tapi apakan daya Aina tidak bisa merubah segala yang telah terjadi melainkan bertaubat.

Pertemuan antara dua buah keluarga memang memeranjatkan. Fatiema mahu dirisik oleh teman baik bapanya sendiri seminggu setelah tamat pengajiannya. Sungguh begitu cepat. Namun, persahabatan yang semakin mekar membuahkan bibit-bibit cinta antara Fatiema dan Iqram. Bagaimana dengan jodoh mereka. Ibu bapa Haziq semakin penasaran begitu juga keluarga Fatiema.

Setelah pulang ke kampung, Fatiema dikejutkan dengar khabar merisik untuknya minggu depan. Niatnya untuk memberitahu hubungan dia dengan Iqram terbantut. Melihat sahaja keriangan kedua wajah orang tuanya, dia tidak mahu untuk memprotes mala akur. Kamarnyalah yang menemani kesedihan dan terfikir bagaimana perasaannya. Baginya, dia sanggup berkorban demi keluarga tapi apa mungkin Iqram mahu menghadapi perpisahan ini. Dia menghubungi Iqram dan menceritakan semua mengenai khbar merisik untuk dirinya. Alangkah terkejutnya apabila Iqram mengetahui hal tersebut. Hatinya hancur berkecai. Namun sebagai seorang lelaki dia akur.

Tiga hari kemudian, Iqram terlebih dahulu membaa rombongan merisik ke kampung halaman Fatiema. Alangkah terkejutnya keluarga Fatiema menerima kedatangan mereka, Iqran membawa ibunya dan beberapa orang rakannya datang untuk merisik Fatiema.

Dalam keadaan tegang, Fatiema menceritakan. Namun, atas dasar cinta akan ibu bapa dia terpaksa menolak risikan Iqram. Mungkin itu jalan terbaik kerana dia telah berusaha membuat keputusan terbaik demi menjaga nama keluarganya. Iqram pulang dengan kekecewaan. Kekesalan bersarang dimindanya. Akibat kekusutan dalam diri,dia meningglakan segala kemanisan iman yang digapinya dan melalui jalan yang penuh kegelapan. Arak, Zina menjadi tatapan hariannya. Kekecewaan yang bersarang dihatinya tidak dapat diterimmanya. Sungguh rapuh iman seseorang muslim.

Majlis merisik dari kelaurga Haziq berlangsung. Dalam masa dua bulan mereka akan dinikahkan. Mendengar sahaja perkahbaran itu, tiba-tiba rakan baik Fatiema, Aisyah bangn dan berlalu pergi dengan esakan air mata. Apakah yang berlaku kepada Aisyah ? ?
Keesokannya, Fatiema datang bertandang ke rumah Aisyah setelah semalaman dihubungi tidak berjawab. Kunjungan itu ternyata mempalitkan kejutan buat Fatiema. Ternyata lelaki yang dicintainya di universiti itu adalah Haziq. Wujud kesedihan dalam hatinya kerana berasa berslaah terhadap rakan baiknya itu.

Kemelut terus melanda, khabar buruk menjengah ke telinga. Fatiema rajuk? diculik? sudah dua hari dia tidak pulang ke rumahnya. Dia langsung tidak dapat dihubungi. Keluarga, saudara-mara, dan Haziq turut tidak dapat mencarinya. Adakah dia berlari untuk menenangkan fikirannya yang terganggu. TIDAK.. Ternyata lelaki yang pernah dia cintai telah menculiknya. Sungguh mengerikan. Episod cinta Iqram tidak terus terhenti. Dia seakan-akan gila dan bertindak di luar kewarasan. Dia menculik Fatiema seperti tebusan. Tangan diikat, kaki juga turut diikat sama. Namun peliknya dia langsung tidak menyentuh Fatiema kerana masih menghormati kesucian gadis yang dicintainya. Iqram kemudian menghubungi Haziq melalui telefon Fatiema. Nada cemas terkeluar dari suara lelaki itu. Akhirnya mereka bertemu di satu lorong gelap. Fatiema dilepaskan kepada Haziq dengan mudah. Polis berjaya memberkas Iqram yang berkeadaan seperti orang gila.

Akhirnya, Fatiema dinikahkan dengan pilihan keluarganya, Haziq. Suasana berlangsung dengan penuh meriah. Maklumlah Fatiema anak sulung dalam keluarga. Majlis yang berlangsung mendapat sambutan ramai jemputan yang hadir hingga ke malam. Malam indah itu mereka menjadi suami isteri dan tiada yang lebih halal melainkan pernikahan. Kebahagiaan kelamaan semakin terserlah di wajah pasangan itu walaupun masing-masing gugup pada mulanya kerana saling tidak mengenali sebelum berkahwin. Begitulah kemanisan bercinta selepas kahwin. Begitu banyak perkara yang dapat dikongsikan berbanding mereka yang telah berkongsi semasa saat bercinta dahulu dan tiada lagi topik yang hendak dibincagkan mahupun diceritkaan selepas kahwin. Begitu manis percintaan mereka.

6 bulan kemudian....
Fatiema muntah-muntah sehingga dia terpengsan. Ternyata ini membawa kebahagian kepada kaum keluarga kerana dia mengandung. Namun, semua itu hanya mimpi. Dia menghidap Leukimia. Namun, perkhabaran itu tiada seorang pun yang tahu kecuali suaminya. Mereka bertindak berdiam dii kerana tidak mahu merisakukan keluarga dan atas dasar janji seorang suami kepada isterinya. Jangka hayat hanya tinggal 3 bulan. iNI bermakna rumah tangga yang terbina akan dibawa mati. Kesedihan Fatiema tidak berterusan kerana suami yang selalu menemani. Segala permintaan Fatiema pasti dituruti. Namun, permintaan terakhir seoang isteri itu berat untuk dilaksanakan. Bermadu. Fatiema sedar bahawa nyawanya sudah tidak lama lalu dia mahu mengahwini seorang muslimah yang mencintai dan boleh mnjga suaminy itu. Siapa lagi kalau bukan gadis yang begitu mencintai suaminya, Aisyah. Demi seorang sahabt Aisyah sanggup lakukan itu tidak jua untuk kepentingan diri tetapi atas dasar pengorbanan untuk Fatiema, dia ikhlas. Akhirnya, Haziq terpaksa akur dan menerima. Ibu bapa mereka akhirnya tahu akan penyakit yang dihadapi Fatiema dan menerima keputusan Fatiema untuk hidup bermadu dengan sahabat baikny sendiri.

Lumrah hidup bermadu, cemburu itu tandanya syang. Namu mereka harus ikhlas dalam perkongsian hidup ini. Dan akhirnya ternyata Fatiema terkulai di tahiyat yang terakhir solat Isyak... Wajahnya pucat ketika berada di saf belakng bersama Aisyah. Sudah hayatnya berakhir. Fatiema berlalu meninggalkan jasadnya. Terputuslah nyawa dari badan. Tahiiyat terakhirlah kenangan hidup Haziq bersama isteri tercinta Fatiema Az-Zahra...

~TAMAT~

No comments:

Post a Comment