Saturday, January 15, 2011

Kekasihku (Siti Zubaidah)

Akan ku pintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu.

Akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu.
Akan ku tenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu.
Akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu.
Akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu.
Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu.
Akan ku rebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu.
Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga ilusi

Monday, October 18, 2010

Kerdil


Saat aku mencari diri,
Aku tidak pasti,
Jalannya kanan atau kiri,
Aku mendengar pinta hati,

Langkahku dulu sangat bendul jalannya,
Compang sini compang sana,
Kotor sini kotor sana,
Tak pernah yang indah, buruk-buruk belaka.

Ya Allah,
Aku mahu bertaubat, aku bertekad,
Hati aku merintih, langkahku terhenti,
Sujudku tidak pernah sempurna, rukukku pun jua,
Saat susah aku mencari diriMu,
Saat aku mewah, aku alpa..

Apa masih ada ruang untukku letak..
Letak diriMu dalam hatiku yang sangat kerdil ini,
Acapkali air mata mengalir hanya namaMu kusebut,
Acapkali senyuman terukir, tidak pula bersyukur padaMu,

Ampunkanlah aku,
Sesungguhnya aku mahu pelindunganMu,
Dahagakan kasih sayangMu, mahukan keredhaanMu,
Tiap detik waktu yang berlalu dan mendatang..
Sentuhlah hatiku ya Tuhanku,
Robeklah hatiku ini,
Aku sangat kerdil di sisimu,
Apa aku mampu ya Tuhanku...
Dari hambaMu yang kerdil ini...

Tuesday, September 14, 2010

Gadis Semasa

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

 
Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu
Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu


Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu
Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu

sekali-sekali dengar lagu ni memang best.. superb la YUNA dengan single ini... HEBAT

Thursday, September 9, 2010

MeNyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang telah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal kuakui
Tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
 sambut cinta penawar perihku
sambut cinta pengusap tangisku

Tuesday, September 7, 2010

Kerana Cintakan Ayu~


Kerana Cintakan AYU~

Langkah itu akhirnya terus terhenti. Apakah dia sudah putus asa ? Apakah dia sudah mahu mengalah di sebalik perasaan cinta yang terbuku dalam hati. Apa mungkin dia sendiri sudah jemu dengan harapan yang diberi ?
Namun langkahnya itu tidak menuju ke arah hentian di medan lepak kebiasaanya. Langkah terus menuju ke asrama meninggalkan kumpulan rakannya di belakang dengan seribu pertanyaan. Kasyah, pendiam, dan kadangnya begitu peramah sentiasa menyimpan rahsia.Sekalipun dikongsi ceritanya bersama teman namun masih tidak dapat reda kesedihannya. Siapa kata lelaki tidak boleh sedih.
“Apa kena dengan Kasyah tu?”,  Naim tertanya-tanya melihat gelagat pelik Kasyah yang terus meninggalkan mereka di Laman Karyawan.
“Ada masalah la tu. Ini mesti pasal dia dengan Ayu. Itulah taruh harapan sangat. Sekarang tengoklah, makan diri sendiri. ” balas Iqram.
“Biarkanlah dia. Esok, lusa baiklah tu.” Hadir Karim menyelamatkan keadaan ketika itu.
Ayu, seorang gadis yang begitu luhur santunnya, menjadi idaman Kasyah. Gerak-gerinya yang tidak sama yang ada pada wanita lain, Berjaya mencuri hati Kasyah hingga dilamun cinta terhadap Ayu.
Namun, Ayu tidak membalas cintanya kerana ramai rakan wanitanya memberitahu Ayu sudah berpunya. Pelajar jurusan kejuruteraan menjadi pilihan hatinya. Hati Kasyah agak tertekan.  Namun, Kasyah tetap mencuba untuk menarik perhatian Ayu.   
Kemunculan Azmi, seorang lelaki yang turut cuba memikat hati Ayu turut menjadi saingan Kasyah untuk memenangi hati gadis tersebut. Ternyata, dengan mudah, Azmi Berjaya menarik perhatian Ayu sehingga mereka berdua bersama-sama di perpustakaan atas tiket minta pertolongan untuk berbincang.
“Arggh, sebegitu mudah kau Azmi. Aku takkan mengaku kalah. Kerana cinta aku terhadap Ayu, aku sanggup lakukan apa sahaja.” Bisikan hati Kasyah terus membara melihat kemesraan mereka berdua bermain mata.
Balqis, rakan sekelas Kasyah yang begitu mengenali Kasyah akhirnya menceritakan perihal sebenar tentang Ayu kepadanya. Memang ternyata jelasnya perasaan cinta yang terlahir dari mata Kasyah yang begitu bercahaya seperti kilauan permata yang disimbah dengan cahaya.
“Kasyah, Ayu bukannya tidak setia pada Hisyam. Tapi Hisyam bukanlah lelaki yang tepat untuk Ayu kerana dia terlalu mengongkong. Setiap apa yang Ayu buat mesti ada yang tidak kena di mata dia. Memang susah kalau dah bercinta dengan lelaki macam tu.” Balqis menceritakan segalanya kepada Kasyah tentang perihal Ayu.
Ternyata dalam setiap senyuman yang terukir pada gadis itu bukanlah suatu senyuman yang datang dari hati, namun dia berjaya menyembunyikan keperitan yang ditanggung untuk bersama Hisyam.
“Kenapa mereka tak putus saja?” Kasyah inginkan jawapan.
“Macam kau tak kenal dengan Ayu. Dia terlalu baik, mudah sangat untuk mempercayai kata-kata lelaki itu. Dengan senang saja dia bolehkan maafkan lelaki itu. Kalau aku, jangan harap.” Rita meluahkan perasaannya terhadap kebaikan Ayu.
Memang sukar. Andai aku di tempat Ayu juga mungkin akan melakukan seperti itu kerana cinta yang mendalam dan cuba untuk setia. Apakah masih ada ruang untuk aku mendekati Ayu.
Selagi Ayu masih belum sah menjadi milik sesiapa aku tetap akan mencuba. Aku akan bertahan melawan perasaan kecewa aku.
Balqis dan Kasyah meninggalkan tempat di mana mereka berbicara di suatu sudut berhadapan gelanggang bola keranjang. Masing-masing pulang dengan haluan sendiri.
Kasyah menuju ke Kolej Kediaman Dato Razali Ismail, Balqis pula melangkah ke tangga seribu menuruni ke Kolej Kediaman Adibah Amin.
Malamnya.
Kasyah membelek telefon bimbitnya. Sekejap dia membuka fail gambar menatap sepuasnya gambar Ayu. Sekejap pula dia menaip mesej untuk Ayu. Namun niatnya dihentikan. Setelah mengumpul kekuatan akhirnya dia menghantar pesanannya untuk Ayu.
Selang beberapa minit, telefon bimbitnya berdering. Ternyata Ayu turut membalas mesejnya. Bertanyakan khabar, dan alu-aluan disisip dengan animasi bergerak yang lucu.
Hari demi hari, kejelesan wajah sebuah kebahagiaan terpancar di wajah Kasyah, namun kebahagiaan itu dapat dihidu oleh orang lain. Sungguh mudah orang perasan akan perubahan yang dilalui oleh Kasyah.
Mana tidaknya, dalam kelas sentiasa segar. Selalunya tiba sahaja kuliah Encik Yusoff mesti dia antara orang yang akan menggelapkan mata sekalipun duduk di kerusi hadapan. Namun bukan cuma Kasyah tetapi Tempe pun sama. Ada suatu masa dalam kelas, semua pelajar bersekongkol dengan pensyarah untuk keluar dari kelas lebih awal sampai habis lampu dan kipas ditutup. Hampir lima minit tersadai di luar, Tempe masih enak dibuai mimpi.
Setelah kelas petang tamat, semua rakan Kasyah mengambil peluang ke Pasar Malam Kerinchi. Namun pada hari itu, kepalanya terasa berdenyut-denyut. Sepanjang langkah menaiki tangga dari kelas,  Azmi secara mengejut datang dari arah belakang dan memusingkan badan Kasyah dan menumbuknya tepat ke arah pipi.
“Hei, kau dah tak ada perempuan lain ke nak kacau. Ayu tu bakal jadi kekasih aku kau tahu tak?” Azmi berkata sambil menghamparkan kakinya tepat ke dada Kasyah setelah Berjaya menjatuhkan lelaki itu.
“Baik kau jangan dekati Ayu lagi. Kalau tak nahas kau aku kerjakan.” Azmi terus berlalu dengan tiga rakannya dan sempat menendang Kasyah yang rebah.
Azmi, memang sudah terkenal dengan sikapnya yang suka terburu-buru. Dialah Super Senior di IPG ini. Bakal guru yang entah apa-apa jadinya. Bukannya nak melahirkan murid yang unggul, yang rosak bolehlah.
Pensyarah sendiri takut untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya. Bukan setakat kereta dicalarkan, mencekik pensyarah punpernah dilakukannya.
Kata-kata Azmi itu namun tetap tidak mematahkan semangat Kasyah untuk memiliki Ayu. Dia akan tetap berusaha kerana Ayu telah membuka ruang untuknya.
Masih segar setiap bait-bait mesej yang dihantar oleh Ayu.
“Mungkin awak punya harapan, tapi awak jangan terlalu mengharap. Kita ini manusia, tapi tak salahkan kalau awak nak mencuba. Segalanya Allah yang tentukan. Jodoh di tangan Tuhan.”
Kerana mesej itulah menjadi penguat untuk Kasyah terus mencuba untuk memiliki Ayu. Kerana cinta yang mendalam, manusia sanggup meredah lautan api. Namun, sanggupkah Kasyah untuk melaluinya ?
“Kasyah, kenapa dengan pipi awak?  Lebam.” Ayu mencorak wajahnya kerisauan.
“Petang semalam, terkena bola. Saya tak sempat mengelak.” Kasyah terus menutup kenangan pahit semalam.
Dia tidak mahu Ayu tahu, dia dan Azmibergaduh semata-mata untuk mendapatkan Ayu.
“Mari ikut saya. Saya sapukan ubat. Tanpa berkata-kata Ayu yang kerisauanterus menarik tangan Kasyah lalu digapainya peti kecemasan dalam kelas dan disapukan ke pipi Kasyah.
Kasyah hilang kata-kata. Dia membirkan saja Ayu dengan celotehnya menasihati Kasyah. Memang saat itu sangat romantis. Perasaan sayang Kasyah terhadap Ayu terus bersemi. Bunga yang kembang semakin mekar, bunga yang harum terus mewangi, daun yang layu kembali segar. Sungguh bererti sebuah lebam yang lahir di pipinya hingga dia merasa tidak menyesal ditumbuk oleh Azmi.
Detik demi detik berlalu, akhirnya mata mereka saling bertatapan. Akhirnya, Ayu tertunduk malu. Dia bergegas lalu meniggalkan Kasyah di tempat belakang kelas. Balqis yang menemani akhirnya bersuara.
“Cewah, ehem-ehem. Kalu macam inilah Ayu layan, aku sanggup bagi bola tu kena kat pipi aku ini tiap-tiap hari. Hahahaha..” Balqis cuba menyakat Kasyah dan Ayu.
Ayu yang mendengarnya sama-sama ketawa. Suasana romantis tadi bertukar menjadi suasana yang begitu menggembirakan dihiasi hilaian tawa Rita yang memang tinggi tahapnya.
Pada suatu malam, Kasyah keluar bersendirian di satu jalan yang gelap. Jalannya yang kurang dilalui oleh orang ramai teraksa dipilihnya kerana dia ingin cepat.
Pagar asrama ditutup pukul 11. Jam tangannya sudah menunjukkan 10.45 malam. Dia tidak boleh pulang lambat dan terpaksa memilih jalan yang gelap itu untuk ke Stesen LRT Pasar Seni. Keadaan malam itu tidak seperti biasa. Selalunya kawasan itu ramai orang lalu lalang namun pada malam itu kelihatan begitu sepi dan suram tanpa dihiasi sebarang neon. 
Sampai di pertengahan jalan, dia bertembung dengan Azmi yang tidak diperasannya mengikut dari belakang. Dia kaget.
Langkah belakang tidak biasa dilalui lagi. Tiga rakan Azmi memegang kayu hoki menghayun-hayunkan batang tersebut seperti gangster. Depannya juga terhalang dengan cahaya lampu Yamaha RX-Z milik Azmi.
Keadaan semakin rumit. Apa yang akan berlaku menjadikan Kasyah tertanya-tanya.
“Apa yang kau nak Azmi?” suara Kasyah tersekat-sekat.
“Aku nak Ayu. Ayu. Aku nak Ayu. Kau tak faham ke?” Azmi memberontak seperti orang gila dengan memegang helmet. Sesekali dia memusing-musing badannya sehingga helmet itu betul-betul berada di kepala Kasyah.
“Kau takut? Takut? Shhh... Aku tak mahu pukul kau. Aku nak bagi amaran kedua merangkap amaran terakhir.” Azmi mengeluarkan suara yang bertindih intonasinya. Sebentarnya tinggi, sebentarnya pula rendah. Langsung tidak berwacana namun difahami Kasyah yang semakin risau.
Dalam kegelapan itu, Kasyah tetap mempertahankan cintanya untuk Ayu.
“Aku takkan berganjak dari memiliki Ayu. Aku cintakan dia. Kau tak layak untuk dia. Jangan kau mimpi nak dapatkan dia, setan.” Kasyah menghamburkan bait-bait yang membuakkan baran Azmi.
“Apa? Apa kau kata? Aku tak layak? Hahahaa..Aku tak layak, tak layak untuk Ayu??” suara yang keras Azmi bertukar menjadi manja. Manja dalam keganasan.
Secara tiba-tiba, helmet yang digenggam tangan kanan Azmi dihentak kuat tepat ke kepala Kasyah. Kasyah terus rebah namun dia tetap kuat walaupun tidak dapat bangkit berdiri.
Lalu, langkah rakan-rakan Azmi semakin dekat ke arah Kasyah. Sempat dengan tiga pukulan, tiba-tiba kedengaran siren kereta polis sedang membuat rondaan. Azmi dan konconya terus melarikan diri. Akhirnya polis sampai di tempat kejadian dan menolong Kasyah.
Kasyah dikejarkan ke hospital. Dia masih tidak dapat sedarkan diri. Koma. Mati untuk sementara di ruangan wad.
Akhirnya berita sampai ke pendengaran Ayu. Dia terus bergegas ke hospital bersama-sama Balqis. Balqis yang mendengar cerita tersebut turut rebah. Namun dia harus kuat dan terus menyimpan rahsianya.

DIARI BALQIS
Mengapa aku tak berani luahkan perasaan aku terhadap kau. Setiap kali kita bertemu aku bertambah saying dengan kau. Tapi... kenapa kau mesti mencintai orang yang sudah berpunya. Kenapa mesti orang itu kawan baik aku sendiri.
Ayu,
Apa hebat sangatkah dia untuk direbut oleh kebanyakan lelaki. Apa kurangnya aku. Apa dia tidak dapat melihat aku dari kaca mata yang lain. Aku ini di hadapan kau menanti ucapan cinta untuk kau ungkapkan.
Sejak semester satu aku dah cuba untuk membuatkan kau perasan yang aku cinta padamu. Tapia pa yang aku dapat. Habuk pun tiada. Semakin dekat dengan kau aku semakin rasa tersiksa, sebab Ayu yang menjadi tajuk perbualan kita. Ayu,Ayu, Ayu, Ayu dan Ayu. Kenapa tidak perasaan aku ini yang kau fahami ??
Kasyah aku mencintaimu .... Balqis feb2010

Rahsia itu terus disimpannya sehingga ke hari ini. Tiada siapa pun diluahkan cerita ini melainkan helaian-helain dalam bingkisan diarinya menjadi tempat luahan perasaan cinta terhadap Kasyah.
Memang niatnya untuk terus menyimpan rahsia ini kerana sudah tiada jodoh antara mereka berdua. Cukuplah menjadi sahabat sekalipun kadang-kandang merasa kecewa dengan tindakan Kasyah yang buta dan tidak dapat melihat kebesaran cinta Balqis terhadapnya.
Ayu dan Balqis terus melangkah ke ruang hospital. Mencapai langkah ke kaunter pertanyaan dan terus menekan punat lif terus ke tingkat di mana Kasyah sedang terlantar koma.
Ayu hanya bisa melihat Kasyah bertarung dengan nyawa melalui cermin wad sahaja. Tiada langkah dibenarkan menuju ke arah Kasyah yang sedang mati dalam hidup. Titisan air mata yang bergenang terus mengalir tanpa henti. Balqis berada di belakangnya menyembunyikan kesedihan yang menyakitkan supaya dia dapat memberi kekuatan kepada Ayu yang lemah.
Suasana bertambah rumit, dua anggota polis datang berjumpa dengan Ayu dan Balqis untuk menyoal tentang kes yang berlaku terhadap Kasyah. Namun, mereka tidak mempunyai sebarang hujah kerana masing-masing terkejut dengan tragedi yang menimpa Kasyah.
“Inspektor,saya rasa saya tahu siapa suspek di sebalik kejadian ini.” Balqis cuba untuk berkata-kata.
“Siapa Rita? Siapa?” Ayu yang dilanda kesedihan terus bertanya meluru kepada Balqis.
“Azmi dan rakan-rakannya. Sebelum ini, mereka pernah memukul Kasyah. Motifnya dendam.” Balqis mengesyaki Azmi kerana peristiwa yang berlaku ke atas Kasyah tempoh hari kerana berebut untuk mendapatkan Ayu. Motifnya cuba disembunyikan daripada Ayu kerana tidak mahu Ayu menyalahkan dirinya sendiri.
“Baiklah, petang nanti kami mahu Cik ke balai polis untuk buat laporan.” Minta Inspektor Kamal.
“Baik Inspektor.” Balqis bersetuju.
“Apa kita nak buat sekarang? Polis mesti tengah cari kita.” Harun salah seorang konco Azmi berada dalam ketakutan.
“Hei, kau reti duduk diam tak. Selagi kita tak keluar mana-mana, polis takkan jumpa kita. Lagipun tak ada orang tahu tempat ini.” Ujar Azmi.
“Betul tu. Better kite duduk je sini sampai ada perkembangan terbaru.” Ujar seorang lagi rakan seperjuangan Azmi.
Kemarau terus melanda, badai terus menerpa. Kekasih Ayu, Hisyam menghubunginya untuk membicarakan sesuatu.
“Ayu, kita terpaksa putuskan hubungan ini. Kita tidak lagi serasi macam dulu.” Dengan tenangnya Hisyam berbicara melalui telefon.
Ayu terdiam. Memang dia sudah menduga perkara ini akan berlaku. Dia Cuma menunggu masa untuk dilepaskan oleh Hisyam. Dia tidak sanggup melukai. Lebih baik dia terluka sekalipun masih mencintai Hisyam, namun dia dapat merasakan kelainan yang terjadi pada Hisyam sejak berpindah di tempat baru, berjauhan daripada Ayu.
“Kalau itu yang awak mahukan, saya pasrah.” Ayu reda.
“Awak tak cuba untuk pertahankan cinta kita?” Hisyam menduga Ayu.
“Untuk apa? Dah tak ada makna lagi untuk saya pertahankan kalau awak sendiri cuba untuk runtuhkan. Anggap saja saya tidak pernah wujud dalam hidup awak. Assalamualaikum.” Ayu menghentikan panggilan dengan linangan air mata kesedihan dan kegembiraan. Dia merasa sangat kecewa dan kesal kerana terlalu mempercayai dan mencintai Hisyam.
Dalam doanya, dia mahu Kasyah cepat sedar dari komanya. Kini dia dapat melihat sinar cinta Kasyah dan dapat merasakan kesengsaraan Kasyah itu disebabkan terlalu cinta kepada dirinya.
“Bangunlah kekasihku, aku juga mencintaimu.” Hati Ayu berulang-ulang kali membisik.
Di ruangan wad, keluarga Kasyah dikejutkan dengan berita yang mengejutkan mereka. Seolah-olah bisikan hati Ayu yang berada jauh di kampus dapat didengar oleh Kasyah yang mati dalam hidup.
Kini, Kasyah sudah sedar dari kematiannya. Tanpa sebarang sebarang kemusykilan, dia tidak mengalami kesan-kesan lain yang boleh mengakibatkan dia hilang ingatan atau apa sahaja.
Keluarganya sangat bersyukur atas keadaan Kasyah yang kembali normal. Dia memerlukan rehat selama tiga minggu sebelum meneruskan pengajiannya.
“Ibu, mana Ayu.” Kasyah bertanya.
“Ayu baru pulang nak. Kasihan dia. Semalaman dia di sini menemani kamu.” Balas ibunya.
Sebulan kemudian.....
Hubungan antara dua hati kini mendapat restu kedua-dua buah keluarga. Kasyah dan Ayu kini bersatu kembali menyulam cinta. Badai demi badai melanda, hubungan cinta mereka tetap utuh. Walaupun dilalui dengan penuh rintangan namun mereka berjaya harunginya.
Hari itu, mereka berjalan di sepanjang pasar malam di Masjid Jamek. Kemesraan antara dua hati itu begitu utuh. Masakan tidak, Ayu hampir kehilangan Kasyah. Sudah tentu cinta yang diberi tidak akan pernah disiakan kerana dia takut kehilangan cinta Kasyah buat kedua kalinya.
Sepanjang perjalanan itu, mereka tidak menghiraukan orang lain yang turut lalu lalang di situ. Mereka meniti perjalanan itu seperti suasana yang begitu sunyi sambil menceritakan perjalanan cinta mereka. Seperti baru dipertemukan sepasang kekasih ini setelah masing-masing seakan-akan hilang dari pandangan. Bunga cinta yang dimiliki kini dimekarkan kembali dan dihiasi kuntuman-kuntuman baru yang mekar mengindahkan taman cinta mereka.
Tiba-tiba perjalanan mereka dibayangi oleh seseorang. Azmi yang tidak disedari mereka mengikut jejak langkah mereka untuk menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk menujuk ke KLCC. 
Menaiki gerabak yang sama, Azmi merenung mereka dengan penuh dendam. Disebabkan kes yang berlaku, dia terpaksa mewarnakan rambutnya supaya tidak dikenali ramai kerana wajahnya sudah terpapar di akhbar sebagai suspek yang mengakibatkan dia koma.
“Hari ini kau akan terima pembalasan aku.” Hati kejam Azmi terus membisikkan dendam.
LRT memberhentikan mereka di stesen KLCC. Kasyah dan Ayu berpusu-pusu keluar dengan orang ramai yang begitu padatnya dalam keretapi kecil itu.
Walaupun kini ditambah menjadi empat gerabak namun, kepadatan kenderaan awam itu penuh kerana perkhidmatannya yang kerap dan perjalanan yang agak jauh dalam masa yang singkat. Jadi mereka tidak perlu memikirkan kesesakan lalu lintas di kota raya yang penuh dengan penyiksaan itu.
Kemesraan terus terpancar di wajah sepasang kekasih itu. Saling berpimpinan tangan, seiring dan sejalan di ruang legar Suria KLCC. Dengan tujuan untuk makan angin mereka tidak pula singgah di mana-mana butik untuk melihat pakaian, tetapi menuju ke Restoran Mc Donald dan membeli makanan kegemaran mereka berdua di taman luar kawasan ruang perniagaan. Dua set Big Mac dipesan untuk dijamah bersama. 
Memang menjadi kebiasaan pasangan-pasangan muda untuk memeriahkan kawasan taman tersebut yang agak tenang dan dapat melihat pencakar langit itu dengan lebih indah tatkala neon-neon menyinari setiap sudut bangunan.
Azmi yang sejak dari tadi terus mengekori pasangan itu ke mana sahaja langkah mereka pergi. Dia cuba  mencari peluang untuk bertemu dengan Ayu dan Kasyah. Dia masih belum tahu apa rancangan seterusnya.
Dalam jaketnya terkandung sepucuk pistol seludup dari Thailand yang dibelinya di pasaran gelap dan sebilah pisau yang menakutkan. Pisau Rambo turut berada dalam jaket kulit hitamnya.
Langkah Azmi langsung tidak dirasakan oleh Ayu dan Kasyah. Begitulah lumrah orang bercinta. Tiada khabar luar yang dinampak melainkan cahaya cinta mereka yang semakin menyala. Memilih satu sudut di mana dapat melihat bangunan pencakar langit , Kasyah menghamparkan helaian akhbar yang dibeli tadi untuk melapik punggung mereka.
“Ayu, saya cintakan awak.” Kasyah tanpa sebarang motif melafazkan kata cintanya.
Ayu yang malu bingkas bangun menghadap langit kelam. Malu untuk mengungkap dengan bertentang mata, Ayu melafazkan kata cintanya ke awan yang semakin hitam yang disinari bulan purnama.

“Bulan, sinarilah hatiku kerana aku dialnda cinta
 Bulan, serikanlah malamku dengan merindui si dia yang mungkin tak bersamaku seperti malam ini,
Atas nama sebuah cinta, aku berjanji untuk setia
Aku berjanji untuk membahagia menjalani bahtera yang kita bina,
Biarkanlah laut itu menduga, Namun kuharap cinta itu takkan pernah pudar..
Saya juga mencintai awak Kasyah. Sedalamnya.” Ayu akhirnya mengucapkan cinta. Bersaksikan bulan purnama janji Ayu untuk setia dan saling mambahagi rasa.
“Malam ini sangat bermakna buat kita. Saya ada awak di sisi saya. Awak ada saya di sisi awak.” Kasyah turut bingkas bangun dan melihat ke arah bulan yang sama dan akhirnya mata bertentang mata. Kini hanya mata yang berbicara. Saling membisikkan cinta.
Tiba-tiba terdengar satu tepukan dari satu arah yang tidak diketahui. Keadaan sekeliling agak suram dan sukar untuk melihat orang yang memakai baju hitam.
Dari satu sudut celahan rimbunan pokok seorang lelaki datang menghampiri mereka. Kasyah dan Ayu tidak dapat mengecam wajah lelaki itu kerana keadaan gelap.
Akhirnya..
“Azmi. Aku Azmi. Masih ingat aku lagi?” Azmi memperkenalkan diri.
“Aaa...Azmi. Kau ?” Suara Kasyah tersekat-sekat. Ayu berlari ke belakang Kasyah.
“Baguslah kau dah ingat. Ayu, ini Azmi Ayu. Ayu jangan takut. Azmi tak akan apa-apakan Ayu. Azmi cintakan Ayu. Ayu tahukan? Sangat citakan Ayu.” Azmi seolah-olah manja memujuk Ayu.
“Tidak. Aku cintakan Kasyah seorang. Kau tak layak untuk aku.” Ayu tiba-tiba meradang. Dia menengking Azmi yang berlembut dengannya.
“Hah? Sampai hati Ayu tinggalkan Azmi seorang diri. Azmi perlukan Ayu. Azmi cinta...
Belum sempat menghabiskan kata Kasyah menolak Azmi ke belakang menyebabkan dia rebah.
“Ayu jangan macam ni Ayu. Azmi perlukan Ayu.” Dalam keadaan rebah dia merangkak dan berjaya memeluk kaki Ayu.
Kasyah yang geram melihat kekasaran itu menyepak muka Azmi lalu rebah lagi.
“Kenapa Ayu? Aku cintakan kau. Kenapa kau pilih jantan tak guna tu hah ? Kenapa Ayu ? Aku cintakan kau.” Azmi terus mengeluarkan suara yang kasar hingga menyebabkan Ayu terkejut dan berlari ke arah Kasyah.
“Kau jangan ganggu hidup kami lagi atau aku hubungi polis sekarang.” Kasyah mengugut Azmi supaya pergi dari situ.
“Polis. Aku takut polis. Aku takut polis. Polis, jangan tangkap aku.” Azmi memperli Kasyah seolah-olah takut dengan polis.
Kakinya tepat menyepak ke arah tangan Kasyah yang sedang menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
“Kalau aku tak dapat Ayu, kau pun takkan memiliki Ayu.” Azmi terus mengamuk.
Sepucuk pistol dikeluarkan dari poket jaket hitamnya. Muncung pistol diacu tepat ke dada kiri Kasyah.
“Kau akan mati Kasyah untuk kedua kalinya. Mati untuk selamanya. Kau takkan bersama Ayu lagi.” Azmi menghamburkan lagi kata-kata iblisnya.   
Akhirnya, Azmi menolak picu pistolnya dan memuntahkan sebutir peluru tepat ke arah dada. Ayu sempat menolak Kasyah ke tepi an akhirnya peluru menusuk tepat ke jantungnya.
“Ayu.......................................” Laungan Kasyah begitu kuat.
“Ka..Ka...Kasyah...” Ayu memanggil Kasyah tersekat-sekat. Hujung jari Ayu menunjuk ke arah Kasyah. Nafasnya semakin tersekat-sekat seperti insane yang menunggu saat kematiannya. Nazak, itulah tepat keadaan yang dialami Ayu ketika ini.
Kasyah bingkas bangun dan meletakkan kepala Ayu dipangkuannya. Air mata seorang lelaki akhirnya berguguran menghadapi saat genting sebegini. Azmi seperti orang yang tidak keruan. Sekejap menangis sekejap pula ketawa. Mungkin itu balasan yang dihadapinya. Membunuh cinta milik insan orang lain hanya semata-mata kerana dendam dan cinta tak terbalas.
“Ayu, jangan tinggalkan Kasyah. Saya perlukan awak di sisi saya. Saya cintakan awak.” Kasyah meronta dalam tangisan.
“A...A..Awak... jangan sedih. Saya...harus....per...gi...ting...galkan...a..wak.. . Sa..ya.....ada satu..permintaan...” kata-kata Ayu terhenti.
“Apa permintaan awak. Saya janji akan tunaikan.” Kasyah terus berjanji untuk menunaikan permintaan Ayu.
“Cintai Rita. To..long.... cintai.. dia.... . Dia... saying..kan a..wak....sebe..lum saya.. .” Akhirnya Ayu menceritakan hal sebenar setelah dia terbaca diari milik Rita yang tertinggal di birai katil biliknya sewaktu mereka lepak bersama.
“Saya cintakan awak seorang. Itu takkan terjadi. Awak harus kuat. Awak tak boleh mati.” Kasyah meronta lagi.
“Kan saya dah..kata... ajal.... ma..ut.. di tangan..Tuhan... . Saya tetap.. kena pergi... Tingga..kan awak.. . Tapi.. awak ..kena sentiasa ingat saya tetap dan sangat cintakan awak.” Kata-kata itu terus terhenti. Berakhirlah nafas Ayu.
Terpisah sebuah jasad dari badan. Belum sempat berbahagia lama, ombak terus melanda. Begitulah kehidupan kita, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Putaran hidup tidak akan terus berhenti melainkan Hari Kiamat.

Azmi....
Akhirnya, Azmi dan rakan-rakanya tertangkap. Azmi diberkas di tempat kejadian manakala rakan kumpulannya datang menyerah diri di balai polis.
Walaupun begitu, Azmi tidak dipenjarakan kerana menghidap penyakit tidak waras atau mental disorder. Dia kini berada di wad yang menempatkan orang-orang gila di Tanjung Rambutan. Rakan-rakanya menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Berakhir sudah... KERANA CINTAKAN AYU        
Karya :
 Kaerulkasyah
PISMP 2G Ambilan Januari 2010